Sambungan dari: River View Seafood Restaurant, Kuala Selangor
hujung Februari lepas aku ada citer pasal aku pergi hantar baju ke tailor di Sungai Besar dan layan seafood sendiri di Kuala Selangor kan...haaa lepas makan tu, aku terus ke Restoran Makanan Laut Bagan, masa sampai sini dah Maghrib tengok group akak akak tu cakap diorang pi solat kat Mustafa Mall depan tu, so terus aku join diorang solat dan bertemulah dengan Kak Adilah yang aku kenal di Cappadocia serta kawan kawan diaaa...lepas solat kami ke Restoran Makanan Laut Bagan semula untuk Blue Tears Tour kami...
hujung Februari lepas aku ada citer pasal aku pergi hantar baju ke tailor di Sungai Besar dan layan seafood sendiri di Kuala Selangor kan...haaa lepas makan tu, aku terus ke Restoran Makanan Laut Bagan, masa sampai sini dah Maghrib tengok group akak akak tu cakap diorang pi solat kat Mustafa Mall depan tu, so terus aku join diorang solat dan bertemulah dengan Kak Adilah yang aku kenal di Cappadocia serta kawan kawan diaaa...lepas solat kami ke Restoran Makanan Laut Bagan semula untuk Blue Tears Tour kami...
bab uruskan dengan company pasal Blue Tears Tour ni memang Kak Adilah yang buat semuanya...aku just join je, bayaran tak silap aku dalam RM27 jer seorang...tak mahal sangat lah kan...so jeti nak naik boat nanti ada kat dalam restoran ni, makanya kami lalu laaa restoran ni sampai ke hujungnyaaa...nanti nampak ada boat besar ke macam kapal pun ada dah aku tengok...so naik la ke situ...
kapal ni tak gerak dah rupanya...just macam hiasan dan merupakan pejabat untuk company tour ni laaa...so kat dalam ni ada kaunter tour, ada kafe gak, ada toilet semualah!kami dijemput mesra oleh adik adik staff kat sini...masa sampai ni kami diberikan sticker untuk lekat di baju...so sambil tu kita pusing la kapal dan bergambar sambil tunggu semuaaa ahli jemaah sampai...cantik kapal ni, ada dua tingkat...bawah tu aircond, kat atas tu open air...
lepas semua dah sampai tu, kami pun diminta untuk mengambil life jacket masing masing...haa kecoh la kakak kakak ni kan...heheh semua ni kawan kawan Kak Adilah la...geng dia kenal masa travel la, kawan sekolah la...haaa bagus kan diorang ni, masih kental travel ke sana ke mari semua ni...aku dari segan, jadi sakan je bersembang dengan diorang...hehehe...
dah siap semua dengan life jacket, kami pun dibawa ke boat yang akan bawa kami melihat Blue Tears ni...aku sebenarnya takde any expectation sebab memang tak study langsung...cumanya Kak Adilah cakap ngan aku, tour ni kita tak turun dari boat pun, sebab asalnya aku ingat tengok Blue Tears ni turun boat macam aku pernah nampak gambar di Miri, Blue Tears ni dibawa oleh arus ombak...hehee...so bila dah kata tak turun boat, aku memang tak dapat bayang and malas nak ada any expectation dah...
masuk je boat, ada adik yang berikan penerangan...dia cakap laaa Blue Tears ni sejenis plankton atau hidupan air...tapi dia ni special sikit, sebabnya dia bersifat bioluminescent di mana bila ada pergerakan atau geseran, plankton ni akan mengeluarkan cahaya biru...haaa sebab tu la dia dipanggl Blue Tears!adik tu cakap nanti bila boat gerak, tengok kat tempat arus yang kita langgar....mesti nampak warna biru...dan later dia akan bagi kami macam kayu nak kacau air sungai tu bagi nampak Blue Tears ni...oh ya adik ni cakap gak, air kena keruh baru plankton ni ada...ohhh, lagi kotor air, lagi banyak plankton rupanya...hehehe..
dan lepas briefing, lampu ditutupkan dannn boat pun mula bergerak...dalam beberapa minit perjalanan je, kami dah mula boleh nampak dahhh warna biruuu kat bawah boat!hahahah excited tau semua orang!lagi laju boat, lagi kuat warna yang keluar tu...cumanya gigih la nak ambil gambar masa ni, sebabnya gelapkan...nasib baik laaa handphone aku ni ada masa memberikan kerjasama gak la...hahaha adik boat tu siap cakap kat semua, nanti ambil gambar dari aku, handphone aku je dapat capture warna biru tu dengan agak ok laaa....hahaha masa ni aku guna Samsung S9 plus...kalo handphone skang ni, mayb lagi clear kot...eh...hahaha...
dan tak lama tu boat pun berhenti dan kami diberikan kayu yang ada macam jaring kat hujung diaaa...haaa kayuh la kau kayu tu dalam air nak bagi plankton tu berwarna....masa ni gigih la satu tangan nak kayuh, satu tangan nak snap gambar kan...sebabkan kayuhan tangan tak sekuat boat langgar air tu, takde la nampak sangat biru tu dalam air...tapi layan je la eh apa yang ada...hahahaha...still nasib baik handphone aku mampu capture gambar dalam gelap tu...so apa lagi, guna Samsung guys...hahaha!
dan tak lama lepas tu pakcik boat bawak pusing, siap lipat lipat lagi boat nak bagi nampak Blue Tears kat ekor boat kau...haaa sekali ada boat lain lalu, goyah memasing cuak...hahaha sebelum tu kemain seronok tengok ekor warna biru belakang boat kan...hahahaha...masa ni memang aku pindah duk belakang la senang nak ambil gambar...tapi dalam pekat malam tu kan, paham paham la kualiti gambar...hahaha!
dalam sejam gak laaa Blue Tears Tour kami ni...ok la kan harga pun murah je...balik semula ke jeti, kakak kakak semua duk ajak lepak minum...aku malas nak join sebab perjalanan aku masih jauhhh nak balik rumah...diorang takpela memang stay kat The Kabin malam tu....hehehe so lepas muah muah dengan mereka, aku pun gerak pulang...yeayyy selesai satu kehendak dan keinginan aku nak lihat selama ni...hahaha masa ni aku realise, eh takde kawan ramai ramai pun takpe, leh je nak travel, janji boleh blend in ngan orang...macam ni gamaknya orang orang yang solo tapi travel in group eh?hahahaha wow mayb boleh dipertimbangkan...hahaha ada kawan ramai ramai kalo lebih banyak yang menyakitkan hati pun tak guna kan....baik la bergaul dengan strangers gini...lepas abes trip, abes cerita...hahaha...
Pernah tengok jenis plankton gini di krabi ke phuket dulu
ReplyDelete..tapi pelawat boleh terus menyelam dlm laut .
Ooo ada juga yaa...hehuuu sy byg dia hidup so geli klo pegang hahaha
Deletemcm frustrated je bunyiknya ayat2 last paragraph tu..huhu..
ReplyDeleteKehkehkeh sikit laaa hahaha
Delete