Friday, July 5, 2019

Restoran Gegey, Dengkil

Restoran Gegey ni agak famous di Dengkil tapi baru berkelapangan nak terjah masa ada trip ke Sepang hari tu...so dari pejabat, memasing decided nak berkumpul di sini je sebab memasing drive sendiri...tu pun cuma aku dengan Zu dan Fariha je berkumpul kat sini sebab kami paling awal gerak ke Sepang...masa sampai ni dah dekat waktu solat Jumaat so menu limited dan kena cepat order...
pendek kata semua menu yang kami order sedappp!aku suka!aku tak ingat sangat nama menu dah harga dia tapi harga sangat berpatutan dan portion besar pada aku...Fariha makan nasi ayam goreng  dengan kicap tu sedap...Zu ambil nasi kerabu dengan lamb chop pun sedappp...lamb chop dia memang best dan lembut...terbaik!aku pula makan lamb chop dengan aglio olio pun sedapppp!aku suka...then kami tambah makan chicken wing sebab tengok orang sebelah makan...hehehe pun sedap!so aku suka kedai ni...hehehe!sila laaa terjah korang!nyum nyummm!

No comments:

Post a Comment