Sambungan dari: 34th Birthday Trip: Johor Darul Takzim & Singapore
aku nak share antara tempat makan paling best pada aku sepanjang trip aku ke selatan tanahair hari tu iaitu Restoran Kari Kambing 40 Hari di Yong Peng!actually dia terletak antara Exit Yong Peng dengan Exit Ayer Hitam...so both pun boleh masuk la...sampai kat restoran ni aritu, memang luas laaaa restoran dia...bersih pun ye juga...masa aku sampai adik aku dan kawan dia dan siap nak makan...

sampai je aku terus pergi beratur untuk ambil dan bayar makanan...kat sini ada 2 menu je yang aku nampak iaitu nasi arab dengan kari kambing dan nasi arab dengan ayam...pastu leh pilih nak makan dalam pinggan or dalam dulang...tapi dalam dulang tu suggested untuk 3 ke 4 orang laaa...sebabkan masa ni aku dan Sue masih kenyang makan nasi lemak, so kami ambil satu pinggan je nasi arab tapi lauk ambil dua iaitu kari kambing dan ayam...harga untuk set nasi arab kari kambeng hanyalah RM13 saja...murah weiii sebab kambing dia banyakkk...nasi tu lembut dan sedappp...kambing tu pun sedappp...ada rasa manis-manis sikit, tapi just nice...lembut je dagingnya...memang gaul-gaul sekali ngappp...sedap!ayam tu pula biasa je la pada aku...
kitorang semua memang suka gila la makanan kat sini...semua pun happy dapat makan nasi arab kari kambing yang sedapppp nih...suasana restoran pun sangat selesa...tak lama sangat beratur sebab cepat servis nak dapat makanan dia tu...overall aku highly recommended tempat ni...kalo korang ke arah Johor tu, leh singgah...tak jauh pun dari Exit tu, dalam 10 km jer...
dek kerana teringat-ingat kesedapannya, Sue ajak singgah Restoran Kari Kambing 40 Hari ni lagi sekali masa kami on the way balik dari Johor hari tu...hahaha kali ni ambil nasi arab kari kambeng sorang satu sebab tak makan dari pagi lagi...walaweiii memang terbaik!
masa datang kali kedua ni hari ahad so ramaiii gila orang...nasib baik kami sampai jam 11 pagi tu beratur tak panjang lagi...masa tengah makan, tengok orang beratur sampai belakang dah...hahaha nasib baik awal sikit...dan masa datang kali kedua ni gak baru perasan ada kawasan duk bawah...so kalo makan dalam dulang tu, leh laaa fefeeling duk bersila kan...hehehe...
No comments:
Post a Comment