Saturday, April 22, 2017

Third Chapter Cafe, Bukit Mahkota

yeay berhampiran dengan rumah dah ada new cafe...dah lama dah perasan tapi baru terasa nak terjah masa adik aku ajak dinner hari tu...ajak la sekali mak abah aku...lepas tu beberapa hari kemudian kami sekeluarga beramai-ramai terjah lagi...maknanya apa tu?ada laaa yang berkenan di tekak kann...hehehe ok jom layan cerita lanjut Third Chapter Cafe yang terletak di Bukit Mahkota ini...
kat Third Chapter Cafe ni terdapat banyak pilihan makanan...dari appetiser, burger, pasta sertaaa main course daripada Asian dan juga Barat...so maknanya kalo datang reramai berlainan selera tu, takde masalah la...macam keluarga aku ni haaa...hehehe...
masa first time pergi, lepas dah order, tak lama tu sampai laaa dulu minuman kami...masa sampai air ni macam frust juga laaa...order iced lemon tea, sampai yang dalam tin jer...alahai malas sangat nih...pastu aku order coffee pun, rasa air kopi 3 in 1 jer weh...sadis laaaa hai...masa ni dah pandang senyum sinis ngan adik aku...hahaha...
then makanan satu persatu sampai...Abah aku layan Chicken Chop (RM10)...sedap!ayam dia fresh dan lembut...kuah yang diberikan tu pun sedappp!dah la besar portion ayam dia tu, memang puas hati makan...harga pun berpatutan...
Adik aku layan Chick-O-Hoy (RM16) iaitu buttered chicken rice...haaa yang ni sedappp jugak!walaupun creamy, tapi pedas berapi!tak muak pun makannn...sedap sangat pada aku...berpeluh jugak la nak makan tu...
Aku pula layan Lamb Chop Bakar (RM23), salah satu chef's recommendation kat sini...haaa sedap kambing tu, cuma ada sedikit bau kurang fresh...tapi marinate dia sedap, kuah kicap pedas tuuu sangat laaa sedap dan menambah selera weh...meletop sangat...
dan last sekali Mak aku ambil Salted Egg Fried Rice (RM14)...punya laaa lama nak tunggu menu ni sampai...siap keletang-keletung bunyi kat dapur masa tu...hahaha kitorang dah spekulasi macam-macam dah rupa nasi goreng ni sebab lain macam betul bising dapaur masa tu....hahahahaa...sekali keluar biasa je la rupa parasnyaaa...rasa dia ok laaa, takde la de bomb sangat, tapi sedap laaa...
then masa 2nd time pergi, ada menu yang berulang dengan 1st time pergi...untuk menu lain yang dicuba pula adalah anak buah aku order Chicken Chop Kids Meal (RM10)...sedap tak sedap, licin la semuaaa ayam tu dia makan sorang...orang nak mintak sikit pun dia tak bagi...hehehe...tapi comel la datang ngan pinggan comel gitu...
then kali ni aku order Sishamo & Co. Aglio E Olio (RM19) yang sedap juga...cuma tang ikan sihsamo goreng tu aku tak paham sangat...hahaha ikan goreng biasa je, tapi tak sure apa spesialnya dia sampai berada on top of that spaghetti...hahahaha
Kakak ipar aku makan Teriyaki Chicken with Spinach Butter Rice (RM16) yang sedappp...aku suka ayam kat sini sebab rasa dia freshhh...tak rasa ayam lama...aku ni sensitif sikit dengan kesegaran ayam...ecewah....
dan akhir sekali Abah aku order Thai Fragrant Beef Oxtail (RM18)...abah aku cakap ok la, tapi sebab biasa makan sup ekor kan, ni kurang kuah...dia tak berapa suka sangat...aku tak rasa sangat sebab tak retilah nak makan ekor-ekor ni...
so overall, sedap juga makanan di Third Chapter Cafe di Bukit Mahkota ni...sesapa berada berdekatan tu leh laa terjah!jangan lupa calling aku ye, kalo aku free, leh laaaa kita lepak bersama...hahahaha...

No comments:

Post a Comment