ini pun cerita lama, cerita penhujung tahun 2015...tapi aku tetap nak share dalam blog ni...percutian singkat family aku ke Melaka nak bawa anak buah aku berjalan...mak bapak nya tak ikut pun...so sampai Melaka kami singgah layan asam pedas dulu di Asam Pedas Kak Su...
lepas tu gigih pergi beratur nak makan Kuih Keria Antarabangsa Limbongan ni...sedap gilaaa aku suka!tapi skang ni katanya dah viral gila so kena beratur sampai berjam-jam...idok ler aku sanggup weh...hehuuuu...
lepas tu kami ke Pantai Klebang...layan anak buah aku nak main pasir dan naik kereta kuda...sebabkan trip ni semata nak melayan dia, semuaaa aktiviti pun ikut diaaa...hahaha atok, opah, makngah, alam dan ashu melayan jer la diaaa...hehehe masa ni mama tengah berpantang...tu sian kat dia tu...
dan dalam jam 3 petang kami pun check in di The Straits Hotel and Suites, Melaka yang terletak betul-betul di tengah kota Melaka...betul-betul di sebelah Hotel Novotel...memang strategik la lokasi penginapan kami pada kali ini...
urusan penginapan anim yang uruskan...aku pun dah tak ingat berapa harga yang kami dapat untuk Straits Suite masa ni...tapi kalo tengok kat Agoda skang ni dalam RM400 ke RM500 juga la harga dia...tapi yang tak bestnya bilik ada satu, sebijik katil king je...panas juga la hati aku ngan anim masa ni...huhuhu ada 5 orang dewasa kot nih...tapi suites kitorang ni complete la semua dengan living area, dapur, dining area...lengkap!
petang tu adik aku duk order delivery Domino's Pizza...kemain banyakkk si zara makan...dan tanpa disangkaaa, itu menjadi titik permulaan yang tak best dalam trip kali ni...malam tu, tetiba zara muntah tak henti!suhu badan panas!huhuhu tak leh tido semua orang...kitorang siap bawa pergi klinik malam tu, doktor masukkan ubat kut punggung dia...siannya dia masa tu...huhuhu dah la mak ayah nya takde...huhuhu...dan sejak itu, zara cukup fobia dengan pizza...hahaha dia cakap taknak makan pizza dah nanti kakak sakit...siannn baby makngahh...huhuhu...sebenarnya doktor kata banyak sangat makan plus over sangat bermain dan panas plak tu...tu yang jadi gitu kot...bukan la food poisoning ke apa...hehehe
nice sharing
ReplyDelete=)
Delete