Wednesday, April 12, 2017

Food Tech Trip: Cameron Highlands, Pahang

Sambungan dari: Food Tech Trip: Taiping, Perak

dari Taiping kami terus gerak ke Brinchang, Cameron Highlands!sampai je dah jam 8 malam...cepat-cepat kami cari hotel yang telah kami book melalui Agoda iaitu Snooze Hotel yang terletak di tengah-tengah pekan Brinchang tu...untuk bilik 4 orang kami dapat harga RM210 sahaja...ok la kan sangat berbaloi...
hotel ni adalah sangat comel!dekorasi dia dah ala-ala guesthouse dekat Korea tau...comel sangat!hehehe cumanya yang lemah sebab takde lif!so awal-awal dah kena daki tangga yang tinggi...sobsss...bilik dia simple je, tapi common room dia comel...lengkap ada semua washing machine, fridge dan lain-lain...pendek kata, selesa!
setel letak barang, pergi toilet semua...dengan pantas kami keluar nak cari makan...lapar gila wei...masa ni hujan dah renyai-renyai...laju kami berjalan kaki menuju ke Restoran Ikan Bakar Nik yang terletak tak jauhhh dari hotel...layan ikan bakar, tomyam, telur dadar dan sayur masa sejuk-sejuk ni memang layannnn...harga pun tak sampai RM100 untuk 4 orang makan...terbaik!
sebabkan malam minggu, so ada pasar malam di pekan Brinchang masa ni...so apa lagi, lepas makan kami pergi la terjah....gigih tau dalam gerimis hujan tu...haaa kalo dah kat sini, memang takleh lari laaa dari membeli strawberry dan ubi keledek manis...nyum nyum...sedap dimakan masa sejuk-sejuk ni...
balik dari pasar malam nak ke hotel, lalu la di Petronas pekan Brinchang ni...aku memang tiap kali lalu sini, memang akan sentiasa teringat kenangan aku dengan Sue dan Rina yang kena tido dalam kereta kat Petronas ni...sebabnya naik Cameron masa peak hour, hotel semua fully booked!hahaha hambik kau, mendapat la tido semalam kat dalam kereta di Petronas...hahaha
dan pada keesokan hari nya, kami check out dalam jam 8.30 pagi...terus pergi cari breakfast...kitorang layan nasi lemak kukus ayam goreng berempah di Gerai W.I yang terletak di Medan Selera Brinchang tu...nasi lemak dengan ayam kukus berharga RM7.50 sahaja...berbaloi-baloi...
 lepas dah kenyang kami menuju ke Sungai Palas Tea Garden and Tea Centre...datang sini semata nak isi masa lapang dan layan view pokok teh je laaa...ntah berapa kali tah datang sini dah semua orang...heheh tapi dah kata tempat wajib singgah kalo ke Cameron Highlands kan...so layan kan sajaaa...
sambil layan view sambil kita layan ngeteh...serta segala manisan yang ada dijual di situ...hahaha layan juga la scones, kek strawberry...nyum nyum sangat...lepak seketika juga la kami kat sini...takde buat apa pun...cuci mataaa dan cuci peruttt...hehehe...
lepas tu kitorang pun bergerak balik...sempat singgah tepi jalan nak ambil gambar dalam kawasan pokok teh...kasik chance laaa kita nak fefeeling sikit macam hindustan kannn...hahahaa...nasib takde yang tergolek dek over fefeeling...hahaha...
dari ladang teh, kitorang pi mencari strawberry pulaa....terus singgah di Raaju's Hill...terus ke kaunter memberi strawberry...tak koser laa nak petik-petik sangat...hahaha uncle kat kaunter sangat ramah okayy...dia siap letakkan icing dan krim kat strawberry yang kitorang beli nak makan teruss...sedap gilaaa!dah la bila dah banyak makan tu, dia mintak bekas kitorang tu balik dan dia tambah lagi strawberry!hahaha baik gilaaa uncle...dan sebab uncle baik, berkotak-kotak kitorang beli strawberry bawa balik untuk orang rumah...hahaha uncle siap tolong balutkan dalam suratkhabar lembab lagi tau, nak bagi tahan lama...baiknyaaa uncle...saya sukaaa...hehehe
dari Raaju's Hill kitorang sempat menjengah ke Laviino Cafe, salah satu kafe yang unik di Cameron Highlands ni...tapi sayangnya dah tutup kafe ni sebab sebahagian darinya dah runtuh!huhuhu sayang sungguh...sempat jengah dan ambil gambar lepas tu cepat-cepat lari keluar takut runtuh lagi, tak pasal dipersalahkan sebab gemok. Eh. hahahaha
kemudian kami singgah jap Kea Farm Brinchang untuk shopping sayur dan bungaaa...irma la ni sibuk nak shopping sini...maka kita layan kan aja...masa ni hujan lebat gak...pasrah jer laaa bershopping...hahaha macam-macam diorang bershopping kat sini...aku ada la beli sikit sayuran buat insan di rumah...hehehe
dan kemudian kami bergerak meninggalkan Cameron Highlands...masa on the way turun tu, sempat la menyinggah di Cameron Valley Tea House...dasar kuat makan kannn...hahahaha kabus sejuk masa ni weh...sebab baru pas hujan...layan laaa minum teh dan makan scones dan pie kat sini....asyikkkk....bila dah kenyang ni, mula la mata menjadi kuyu...hahaha...
lepas tu meneruskan perjalanan pulang...sempat segarkan mata singgah di Lata Iskandar...takde la lama mana pun, cukup sekadar berhenti ambil gambar...cecah kaki kat air bagi hilang ngantok masing-masing...almaklum semuaaa dah berusia, cepat jer nak rasa penat...hehehe
lepas tu masa lalu kat kampung orang asli, dan lagi laaa berhenti beli petai...haaa ko tengok gaya foodtech tu beli petai...dahsyat tau diorang ni...hahaha bab ni aku fail la, serahkan pada yang pakar...hahaha dan kemudian kami sempat singgah di Tapah untuk solat semua sebelum bergerak terus menuju ke Putrajayaaa...Alhamdulillah selesai perjalanan panjang dari mesyuarat di Kedah sampai la ke Taiping dan Cameron Highlandss...hahaha ini semua cerita hujung 2015...hahaha rinduuu nak roadtrip dengan Irma, Asie dan Zu lagi...bila laaa nak roadtrip bersama lagi ni...hehuuuuu....

No comments:

Post a Comment