Friday, February 10, 2017

#kesekiancukuptiga: Restoran Fatty Crab, Petaling Jaya & Thursdvys Cafe, TTDI


lepas lepak di Dotty's, Ab ajak neman dia bershopping...tepuk dahi aku ape ke halnyaaa la aku spend weekend aku ngan budak-budak ni...pastu kena ngikut mamat acah-acah marathoner ni beli kasut mahal dia tuh...dasar kesekian sungguh kitorang ni...hahahaha...lepas dah shopping, perut pun lapar balik...so kitorang decided nak makan kat Restoran Fatty Crab!masa sampai ni baru je buka restorannya tapi dah ramai orang!huhuhu nasib baik dapat gak tempat...
masing-masing pun first time sampai, so order ikut cadangan staff situ jer laaa...kitorang order Chicken Wing yang rangupp dan sedap (RM3 per peices), lepas tu order Ketam 2 kati as suggested by staff untuk 3 orang makan (RM100.00), nasi goreng (RM15)...nasi goreng dia ni sedappp gila weh...simple jer, tapi sedap!makan pun rasa nak gaduh dan rebut-rebut sebab sedap nasi dia tu...hahaha ketam dia pun sedap sebab ada rasa manis-manis pedas...
penuh laaa segala jenis penukul nak makan ketam atas meja tu...nasib baiklah memasing dapat kawal diri dari bergaduh masa ni, kalo tak mau ada yang berlekuk dah dahi dengan penukul tu...hahahaha dannn masa makan ni juga, ada laaa seorang ahli #kesekiancukuptiga tu terlukaaaa kerana ajakannya terhadap #bromance dia untuk makan bersama ditolak mentah-mentah...nak tengok bola ye bang...kahkahkahkah...hasilnya, sampai kini hatinya terlukaaaa....hahahaha.....
lepas makan fatty crab kitorang pi solat jap kat Masjid TTDI...masa nak u-turn pi masjid ni, aku ternampak Thursdvys Cafe, terus excited ajak pergi situ lepas ni...sebab apanya excited, sebab aritu dah nampak dalam Instagram, kitorang gelak-gelak cakap kononnya ni kafe Ab sebab nama glemer abam Ab di IG adalah Vysdys...tapi tak payah carik la yer adik-adik, kerana IG itu kini telah terkubur, pergi tak mungkin kembali...hahaha....
lepas solat singgah Thursdvys Cafe untuk mengopi...boleh tahan sedap gak kopi kat sini, sambil sembang isu-isu berat...dia kalo geng #kesekiancukuptiga ni, topik perbincangan mengikut suasana kedai...bila dah kenyang, lepak tempat serious macam ni, terang-terang plak tu...mula la topik engineeer dia keluar...serious je semua masa ni...hahahaha
dan lepas dah ngopi ingat nak balik dah...sekali sambung lagi sembang di During King, TTDI sambil layan cendol doyan...haaa dah nama sembang dalam gelap...mulaaaa laaaa perbincangan ke aras soal hati dan perasaan...hahahaha sembang tak hengat sampai lepas tu lampu kedai tutup!pastu mula bertiga menggagau nak cari toilet tak tahan nak membuang...sakai sangat perangai tengah malam buta pi panjat pasar kat TTDI tu cari toilet...hahahaha....dan begitulah berakhirnya #kesekiancukuptiga punya hari melepak...hahaha...

No comments:

Post a Comment