Awal bulan Oktober tahun lepas, lepas maghrib, tetiba je tekak aku nak makan western food!terus aku ajak adik pi Jibby East yang terletak di persisiran MRR2 tu jer...masuk ikut Exit Taman Melati tu, memang nampak Jibby East dari MRR2!haaa lama dah dengar tempat ni tapi tak sampai-sampai lagi...Jibby East ni samalaaa owner dia dengan Jibby & Co dan Jibby Chow...skang diorang ada satu lagi kedai nama Maka Makan...
masuk je restoran ni, full house ko...tapi sebab dah datang dari jauh...gigih menunggu!hahaha...dalam 15 minit gak la tunggu, akhirnya dapat gak kami mejaaa...tengok dari luar macam besar, tapi bila masuk dalam ni, aku nengok takde la besar mana...hahaha ke sebab aku dapat duk tempat kat depan sekali, so tak nampak sangat belah dalam...takpela, janji dapat meja...tapi katanya ada satu area tu, cantik sebab ngadap MRR2...
dah lama menanti, tanpa membuang masa terusss kitorang usha menu...haaa pilihan menu kat sini memang banyak sampai pening kepala nak pilih...ada western dan ada juga asian foods...haaa malas nak ulas satu persatu menu, korang tengok sendiri menu yang aku dah snap nih!
yang pertama sekali sampai adalah menu yang anim order iaitu Thai BBQ Boneless Beef Ribs (RM38)...daging lembu yang dimasak ala Thai tersangatlah lembutnyaaa, dimakan dengan nasi ala-ala nasi ayam dan sayur taugeh...fuhhh serious sedap!aku ni jarang suka daging lembu, tapi yang ni memang sedap gila!aku suka!terbaik gabungan makanan dia nih, pedas manis semua pun ada....nyummeh!
dan kemudian sampai pula makanan aku iaitu Casablanca Style Slow Cooked Lamb Ribs (RM59) yang served dengan Moroccon rice...yang ni pun daging dia lembut gilaaaa dan sedap!tapi tak pedas sangat, so takleh lawan yang beef tadi...hehehe nasi dia pun macam kering sikit...aku rasa kalo lamb yang dia masak Thai BBQ tu, perghhhh lagi meletop kot...hahahaha
dan dasar 2 pompuan gemok ni tamak macam apa, dah abes makan tu kitorang teringin nak cuba satu lagi menu iaitu Sticky BBQ Beef Ribs (RM69)!hahahaha acah-acah share la kan....dasar buruk sangat perangai kannn...hahahaha tapi orang dah cakap, orang tamak selalu rugi...walaupun nampak gahh menu ni, tapi rasa diaaa, takde la sedap mana...huhuhu jauh lagi sedap 2 menu yang diorder sebelum ini....hahaha muak gak la rasa beef yang ni maybe sebab tebal sangat daging dia...hehehehe....mengah juga la nak abes kan sebab tak kena sangat kat tekak...hehehehe
overall, aku suka makanan kat sini...restoran dia pun selesa jer kalo nak lepak lama-lama ngan kawan-kawan....aku nengok banyak orang buat function kat sini....birthday la, bachelor party la...hahaha memang best lah!next time ada rezeki nak pergi lagi dan cubaaa menu lain pulaaa....nyum nyum....
Wei DJ lalu masuk kawasan saya x hello pun. Kalau x leh join sekali p mkn kat Jibby
ReplyDeleteHahaha oh kawasan ko kee...hehe leh la lepak nnti
Deleteis this expensisve?
ReplyDeleteA little bit
Deletemahal tak makanan sana?
ReplyDeletemahal sikit laaa...
Delete