lepas dah layan Molten Salted Egg Yolk Custard Croissant sebagai menu minum petang, tibalaaaa masa untuk kami mencari tempat untuk dinner pula!JJCM 3 Beradik akhirnya decided untuk menerjah Rimba & Rusa yang terletak di Sunway Nexis, Kota Damansara...
dah lama sebenarnya aku teringin nak makan sini, akhirnya tercapai juga impian...hehehe melangkah masuk ke dalam restoran yang sama pemilik dengan Wondermilk ni, aku rasa best sangat!simple dan kemas je aku rasa deco dia...i loike!kebetulan masa kami sampai ni tak ramai orang lagi, jadi pilih je laaa nak duduk mana kan...
dah dapat tempat duduk, jom kita ushaaa menu!terdapat pelbagai pilihan makanan kat sini...dari appetiser ke main course bawak ke dessert!ada makanan malaysia, itali dan macam-macam lagi...harga dia pula boleh tahannn...hehehe...korang usha la sendiri gambar menu aku ambil ni yer!
masa kami datang ni, kebetulan diorang tengah sambut 1st Anniversary restoran ini dibukaaa...makanya dia beri 15% off ke atas semua menu yang diorder dan dine in...wah memang rezeki betul kannn...hehehe banyak tuhhhh....
tanpa membuang masa, ayuhhh tengok menu yang kami order!untuk minuman, demi menjaga kelangsingan tubuh badan aku dan anim sepakat mengorder Lemon Infused Water (RM5.00) yang sangat enak ditekak aku...hehehe lepas seharian duk makan benda manis, air kosong sejukkkkk jugak yang sodap kan...hehehehe adik plak order Kopi Cap Rimau Bintang (RM16.00)...gila mahal!kalo beli kat Wondermilk dalam RM10 je tak silap aku...hehuuuu...
untuk makanan pula, adik order Bello Aglio Olio (RM28.00) yang enak!dah laaa seafood dia melimpah ruah, sangat berbaloi!aku pula memilih Beautiful Soft Shell Crab Linguine (RM34.00) yang sangat turn off rasa dia sebab kuat benar rasa kulit atau daun limau purut...huhuhu jenuh juga aku nak menghabiskan...tapi ketam dia sedap la, fresh dan besar...dan anim pula order Spiced Lamb and Smoked Aubergine (RM52.00) yang lembut tapi biasa je la pada aku rasa dia...sebabnya anim duk gebang sedap gilaaaa sebelum sampai ni, so aku very high expectation la kan...hahahaha sekali, biasa je laaa pada aku...takde la tak sedap, ok sahaja...hehehehe dan semua harga yang aku nyatakan di atas tidak termasuk GST lagi yer!hehehehe
dan dengan itu, berakhirlaaaa JJCM 3 Beradik versi cuti buruh...hehehe bising mak aku anak-anak berjongket tak reti balik rumah sampai ke malam!hehehe bila lagi JJCM 3 Beradik nak bersiaran?kita tunggu la yer!hehehe tapi takde JJCM 3 Beradik pun, hos abadi JJCM ni tetappp meneruskan tugas dan tanggungjawabnyaaa...masih banyakkk lagi kedai aku belum review ni...hahahaha #kesatpeluhdidahi
wau sis...entry bertubi2 umpama qada' berbulan2 tanpa entry
ReplyDeletekasik chance la sistur...banyak gilaaa entry tertunggak ni...hahahahaha
DeleteWahhh...kat rumah saya nih...ehehhe. Ada juga pernah 2-3 kali kesini. Saya pernah order softshell crab burger kalau tak salah. Susah giler nak makan. Dengan carrot dan timun dipotong nipis panjang..berselerak saya makan..hahaha. Baru2 ni ada makan dessert kat sini. Bread pudding memang meletupppp..pulut mangga pulak..alahai ciput...heehhe
ReplyDeleteooo yeke...kalo tau, leh roger zila saya datang sini...hehehehe oooo tak sempat layan dessert aritu...sedap ehhh...hehehehe
Deletenice sharing
ReplyDeleteTq
Delete