Tuesday, August 16, 2016

Don's Diner, Bandar Baru Bangi

sempena birthday abah aku pada 12 Mei yang lepas, adik aku plan untuk early dinner di Don's Diner yang baru dibuka di Bandar Baru Bangi!aku pun apa lagi, terus la setuju sebab asyik dengar adik aku pi cawangan dia di PJ...Don's Diner ni terletak di Plaza Paragon Point, di belakang Andalusia Bandar Baru Bangi...masuk jer kedai ni aku terus suka dengan dekorasi diaaa...cantik!katanya inspirasi dari cerita Godfather tahun 1972...ye ke?aku pun tak pernah tengok cerita tuh...hehehehe...
menu kat sini berasaskan western food...memang terdapat banyak gila pilihan dari appetiser sampai laaaa ke dessert!memang boleh pening kepala mana satu nak pilih...hehehe tapi sebabkan kami dah ada aim nak makan apa kat sini, so memang tak payah pusing sangat lahhh...sempena birthday abah ni, kitorang dah plan nak cuba menu istimewa di Don's Diner ini iaitu The Crabfather!
setelah beberapa ketika menanti, akhirnyaaaa tibaaalah menu yang kami order iaitu The Crabfather (RM255)!menu ini merupakan lambakan seafood dalam dulang yang sangat menginzalkan!seafood ni boleh dipilih nak letak sauce butter saffron, mild spicy atau volcano hot...kami minta seafood dengan butter saffron...dan kemudian minta juga sauce mild spicy dan volcano hot dalam mangkuk yang asing...The Crabfather ini didatangkan bersama soup dan bread of the day!yeahhh marilah kita lihat rupa parassss The Crabfather ini......hehehe!
haaaa amacam?menarik?tertarik?hehehe memang menarik weh...buat kaki seafood tuh, memang sedulang penuh seafood ini mampu menggoda jiwa dan raga ok!hahahaha sedulang ni memang boleh buat makan sekeluarga!ko namakan je apa jenis seafood semuaaa ada kat dalam dulang nih....hehehehe haaa rupa dah inzal, macam mana rasa dia plak?pada aku seafood dia fresh laaa tak lembik pun...sedap!kuah butter saffron tu pun sedap...cuma nya sebab creamy dan tak pedas, bila makan banyak-banyak tu rasa muak cepat!nasib baik laaaa ada kuah tambahan yang pedas tu...penyelamat keadaan...selain tu aku rasa rugi sebab set ni tak didatangkan dengan nasi!kalo ada nasi lagi best kot...hahahaha dasar perut melayu kann...hehehe so makan semata seafood je, memang rasa tak cukup!hahahaha...
selesai makan, kitorang lepak-lepak kejap...tetibaaaa jer satu kedai bergema lagu happy birthday!hahahaha then staff diorang bawak keluar Don's Chocolate Grenade (RM19) untuk abah aku...adik aku dah kawtim dengan staff kat sini...gigih semua menyanyi beramai-ramai...tapi takleh blah bila nak nyalakan lilin guna lighter, terkial-kial adik tuh...last-last birthday boy yang pakar dengan lighter yang kena hidup lilin sendiri!hahahaha....Don's Chocolate Grenade ni sangat menarik!kena tuang sos karamel atas coklat tu, baru laaa keluar segala isi perut diaaa tu...menarik sangat dan rasanya pun sedap la kot...sebab aku dapat makan gitu-gitu je, sebab anak buah aku dah conquerrr....hahahahaha pasrah je laaa aku....
overall aku rasa suasana kedai ni best, staff pun sangat best...cuma pilihan makanan kali ni biasa je laa...tapi aku tak sure makanan lain macam mana, maybe kena pergi lagi sekali la kot untuk rasa menu-menu lain pulaaa...hehehehe ok korang, kalo rasa teringin tu, boleh laa cobaaa yer ke Don's Diner nih.... =D

17 comments:

  1. mcm sedap jer cekelat besday Atuk tu

    ReplyDelete
  2. Hhmm dah lalu byk kali, next time kena try ni.. Tqs for sharing..

    ReplyDelete
  3. Salam Ziarah Sis..

    alaa...kenapa xde button "FOLLOW".. nnt ketinggalan plak entry pasal cuti2.. nak followwww..

    btw..selamat ulang tahun uncle..semoga dipanjangkan umur & diberikan kesihatan yg baik... tetiba sebak plak..x berkesempatan nak raikan bday arwah ayah :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salami Hai, memang saje tak letak button follow...hehehe tq moga arwah ayah awak dicucuri rahmatNya...

      Delete
  4. Bagus nyer bawa ayah makan tmpt mcm ni sempen birthday ..kita anak laki tarikh pun boleh lupa hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe besday setahun sekali kena la ingt afif... =D

      Delete
  5. nampak cam best. nnt nak try lah. tq for ur review

    ReplyDelete
  6. Selalu sangat lalu kedai ni tp xpernah singgah sebab ofis FreshPicks (homemade skincare) yg sy jual ni kt atas tu je. InsyaAllah ade rezeki nk singgah jgak la. Mmg nmpak menarik menu tu. Oh, owner kedai ni pn muda lg. Very successful young man.

    Btw. Salam perkenalan sis! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan...=D
      Yup sila laaa cobaaa....

      Delete
  7. Wah nama pun crabfather penuh sedulang! Tak pernah lagi nampak kedai serve sedulang penuh macam ni ;p

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan Kak DJ,
    Kami pernah buat program itajeme class untuk 20orang di Dons Diner Bandar Baru Bangi, untuk tempahan ruang dan makanan. Menu boleh bincang dengan chef mengikut peruntukan.

    Cheers.

    ReplyDelete