hari ni aku nak share sikit info pasal permohonan perlindungan insurans untuk kakitangan kerajaan yang ke luar negara atas urusan persendirian...sebenarnya, ni kali pertama aku apply insuran ni...hehehe selama ni kalo keluar negara, aku cuma apply kelulusan untuk keluar negara jer...insuran tak pernah buat baik dengan kerajaan atau pun dengan company insuran...tapi last trip ke Brunei, dini tolong buatkan travel insurance untuk aku dengan company insuran...dan untuk trip terakhir 2014 ni, dini dan sue pun dah apply insuran masing-masing...ni semua gara-gara MH370 dan MH17, membuatkan semua terlebih cuak untuk naik flight...tapi tetap nak berjalan kan....so dah diorang pun ambil insuran, harus aku pun ambil kan...
memula aku macam malas nak ambil insuran kerajaan ni....tapi bila call agen takaful, banyak plak songeh dia...siap tau aku nak masuk 2 negara, dia siap double kan kos...sedangkan sue buat takde plak camtu...pastu banyak songeh nak tengok itinerary aku la kalo ada aktiviti air, diorang taknak cover...hoih banyak songeh, terus aku decide apply jer la insuran kerajaan nih....
untuk makluman, kemudahan permohonan insuran bagi kakitangan kerajaan ni diberikan setahun sekali sahaja...maknanya kalo aku keluar negara atas urusan persendirian 4 kali setahun, aku kena pilih salah satu trip sahaja untuk apply insuran dari kerajaan ini secara percuma!
haaa macam mana kekdahnya?macam di kementerian aku, kami kena apply dulu kelulusan luar negara lebih kurang sebulan sebelum trip...lepas dah dapat surat kelulusan, macam aku lepas 3 minggu baru dapat surat kelulusan...dapat jer terus terhegeh-hegeh cari info macam mana nak apply insuran ni pula...memula meh kita layan seround baca Pekeliling Perkhidamatan Bilangan 8 Tahun 2004...hehehe semua penjawat awam tak kira gred, dan status tetap ke, kontrak ke dibenarkan memohon perlindungan insurans ini...
"Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2004, Para 5(c) "lawatan persendirian yang dilindungi oleh insurans kesihatan yang ditanggung oleh kerajaan adalah terhad kepada sekali dalam setiap tahun kalendar dan tempoh lawatan tidak melebihi 31 hari mulai tarikh bertolak dari Malaysia"
di hujung sekali pekeliling ni disertakan borang permohonan kemudahan perlindungan insurans kesihatan di luar negara atas urusan persendirian ni...senang jer isi borang...yang penting kena masukkan maklumat pewaris yang boleh dihubungi ye...macam aku, aku letak nama abah aku la...lepas dah isi, aku pun hantar ke bahagian pengurusan kementerian aku...
aku ingatkan lama laaa nak siap insuran ni...sekali lepas 2hari aku pun terima email sijil insuran aku dah siap...yeay! untuk aku diorang beri classic plan...mayb untuk orang atasan jer yang dapat gold plan tu kan...hehehe tapi ok laaa free...ditanggung beres!dia cover sampai maksimum RM300,000...
haaa mudah kan?jadi kepada korang-korang yang berkhidmat dengan kerajaan tu boleh laaa apply insuran ni...mudah dan percumaa...rugi tau kalo tak guna kan peluang ini...oh ye, masa diorang anta sijil insuran ni thru email, diorang anta sekali untuk ramai-ramai orang dalam kementerian ni yang apply juga...so aku nengok IC orang yang apply tu semuaaa start dengan nombor 6 or 5...maknanya orang tua-tua je ke yang apply insuran kerajaan ni...aku rasa macam aku jer paling muda yang apply!adakah sebab takde kesedaran di kalangan yang muda akan kepentingan travel insurance ni, atau orang muda nak senang pi agen insuran jer...hehehe
ok la aku pun dah excited dengan travel insuran ni...so dah kena telek tripS tahun depan untuk kenalpasti trip yang manaaa aku nak insuransikan dengan insuran kerajaan nih....hahahaha eh dah ada insuran ni, apa lagi?meh tolong aku kemas beg!yihuuuuuu!hari ni last kerja untuk tahun 2014!yeay!
Aku agak septikal dgn insurans bagai ni... Time apply janji manis... Time claim ju*or masam! Padahal kita bayar bukan free... Adeiiii...
ReplyDeletehahaha tu la selalu gak dengar gitu...ikut nasib la kan...kalo agen bagus buat kerja, ok jer....agen insuran aku pun lenyap mana dah...hehehe
DeleteMemang tiap tahun mohon pun, tapi sijilnya tak nampak... mungkin HR yang tolong simpankan... Tapi insuran AA tu cover yang macam mana??
ReplyDeleteWah DJ lamanya ko cuti...nak berguling kat salji ke...hehe
ooo yeke?diorg tak email bg pada pemohon ker...kena mintak tu en mie...mana tau ntah2 tak dibuatnyer...huhuhu yang AA tu sy pun tak pnah amek...hehehe tp rasanya tu berkaitan flight laa...kalo delay ke, hilang beg kot...
Deletehehehe saya takpi tempat salji....saya pi tempat summer....eh?
Yuhuuu...
ReplyDeleteAku setiap kali travel mesti apply kebenaran n insurance ni. Walaupun insurance ni utk setahun sekali jek kan. Tapi aku X pernah nampak Rupa sijil camana.....Alhamdullillah taun ni baru aku nampak Rupa sijil ni camana. Nak kata sebelum ni aku hantar lambat tak jugak. Sama je sebulan sblom bertolak.
oiii balik!balik!hahaha sebab tu aku suka follow up...hehehe ni kalo ikut tak dpt lagi kelulusan...aku dah tanya2 baru dapat...pstu br leh apply insuran ni....huhuhu
DeleteDJ...awat aku tiap2 thn isi tp x pernah pon dapat sijil2 bagai...? huhu... mula2 dulu ingat skali apply untuk setahun, rupanya skali ja blh apply dalam setahun...huhuu..
ReplyDeleteitulah sejak kes2 mcm2 ni, mmg terbuka ati nk amik insurans kan.. p jepun hari tu, 1st time amik insurans sendiri..ha..ha.. nmpk kat blog azra..murah plak tu..buleh ler... rasanya kompeni insurans mesti naik sales kan...sejak 2 menjak ni..he..he...
la ye ke...sama mcm en mie la eh...better follow up ngan bhgn pengurusan..kot2 diorg tak buat plak...kita bajet dah ada insuran...hehehe ye la kan, sejak mh370 tu baru tersedar mcm2 leh jadik....selama ni ingt naik flight tu selamat jerrr....hehuuuu
Deletewah dah balik dr jepun!best2!kena cpt abeskan enrty cambodia, nak dgr cerita jepun ni...hehehe
Yer mmg aku apply setiap tahun. Paling mahal thn lps sbb pegi byk negara dlm satu prjlanan. Jabatan aku mmg akan ingatkan semua yg pegi personal utk apply...siap ada cop kaler merah kat borang ke luar negara lg. Huhhu jabatan aku kata kalo tak guna nnti mof ambik balik duit....wakakaka....kami bdn berkanun mcm ni lerrrr
ReplyDeleteamboi berkira betul mof tu kan siap nak ambik balik duit...haaa apa lagi, gunakan la sehabes mungkin...ooo btol la kalo lagi banyak negara, lagi mahal eh insuran tu...hehe
DeleteSebab kan aku memang xlayak untuk apply insurans ni...aku nak komen benda lain. Sungguh2 kan ko hitamkan details kat form tu. Hahaha.
ReplyDeletehahahaha harus la woii....kang ada plak org ambil identiti aku kan...no ic tuuuu....hahahahaha!
DeleteAmbui nak kemana pule tu????
ReplyDeletehehehe asyik tgk orang lain berjalan, haaa meh kasik can aku plak nak berjalan nih...hehehe
DeleteAha..DJ..me too..setiap kali nak travel keluar negara mesti akan isi borang kelulusan keluar negara dan ofcoz Lampiran A juga di isi setiap kali nk travel...sudahnya hanta kelulusan luar ngera je dapat..insurans? nan hado...mayb bak kata DJ..call management tanya tapi itu lah buat x endah je. Maybe tahun ni akan try call
ReplyDeleteyup tu mmg tggjwb pekerja gomen kan...kang kut kena tindakan tatatertib pulak...kalo malas guna insurans gomen, beli je kat company insurans...dalam rm30 jerr....tak mahal pun..
DeleteTerima kasih Cik puan dengan artikel ini. Saya dapat beberapa perkara penting dari maklumat cik berhubungan dengan insuran perjalanan terutamanya perjalanan ke luar negara.
ReplyDeleteSama2 no prob
DeleteInsuran perjalanan mmg wajib ambik, tak kira lah samada ada terjadi musibah or tak ada langsung. kalau tak ada, alhamdulillah, kalau terjadi, insyaa allah ada cover. tapi penyakit sedia ada mmg tak ada cover tau. Itu kena ingat.
ReplyDeleteSekarang pada jd pada Staff UUM, isteri ada cover pasal cik gu .. husband lecturer kat UUM, tapi tak nak ambil ... bayar ciput aja, haaahhh bila terjd musibah, RM250,000 tak ada insuran, k/t UUM kena buat colletion untuk biayai...
So kita, jd lah orang yang sentiasa beringat dan smart, tambahan bila suka berjalan jalan mcm ni, malang tidak berbau, apa lagi... jalankan tanggung jawab kita untuk memastikan semua kawan kawan kita yang suka melancung untuk ambil insuran. Jangan ambil risiko tapi ambillah pengajaran drpd apa yang telah berlaku MH370 dan etc...
Yess sgt btol. Bak kata org, malang xberbauuu...hehuuu
Delete