Thursday, February 27, 2014

Menjejak Kesan Tsunami di Banda Aceh, Indonesia #Day2 #Part3

kelmarin aku duk merempan-rempan sebab asie dapat beli tiket promo kali ini sampai 2 okeh...so I is merempan sangat...so tak puas hati, cari juga tiket murah lagi...akhirnya jumpa ke Myanmar yang murah...RM122 untuk return ticket...baru ni tengok member ke sana macam best kan...so terus propose rakan travel ajak pi Myanmar...sekali sue cakap taknak sebab takut isu Rohingya tu...aku kental lagi cakap takde apa la kan...sekali asie cakap last few days ada wartawan Al-Hijrah kena kepung dengan aktivis Rohingya ni, terusss cuak tak jadi la pi Myanmar!huhuhu sekali sue buka mulut...jom bercherry blossom...wah ko kan...aku ajak penuhi jejak ke 10 negara ASEAN kemain macam-macam alasan kan...tapi kalo nak berepeat 14 kali ke kampung ko tu, kemain takde langsung alasan!hahaha terus tengok tiket, harga reasonable, dan beli terus.....Alhamdulillah...lepas tu semalam plak dapat 1 tiket domestik yang sangat murah ke Borneo lagi untuk hujung tahun ni....haaaa terussss hilang dah merempan aku nih....hahaha

Sambungan dari: Menjejak Kesan Tsunami di Banda Aceh, Indonesia #Day2 #Part2

selesai berehat sebentar...tak puas rasanya sebab tak dapat tido...hehe tapi takpela, pikir hari ini je ada di Banda Aceh...terus segar badan!hehehe so kul 2 petang kami pun turun menunggu Pak Edwar di lobi...kemudian terus menuju ke Pantai Ulee Lheue...tempat orang tempatan lepak-lepak...masa di sini, kami lalu Masjid Baiturrahim...tapi tak ambil gambar pula..even perjalanan damai petang tu di Ulee Lheue tu, tak de seorang pun ambil gambar...asyik melayan mata melihat orang beristirehat...ada gerai-gerai kecil jual jagung semua...kat hujung pantai ini juga terletak terminal boat untuk menuju ke Pulau Sabang!pulau yang dikatakan cantik untuk aktiviti air tu...tapi kami takdan pergi la...hehehe kat sepanjang pantai ni ada terlihat kubu kecil dari batu-batu dibina..Pak Edwar cakap sebagai 'pemecah' ombak atau tsunami...katanya masa bencana tsunami dulu, diorang dah 'tembak' ombak tsunami..tapi tak pecah pun..sebab biasanya kalo ombak besar, kalo diorang 'tembak', dia pecah la...so memang kuat gila laaa gelombang tsunami masa itu...tak mampu dipecahkan..Subhanallah....sepanjang jalan kawasan situ akan ternampak banyak signage 'arah evakuasi'....maybe selepas kejadian tsunami dulu, mereka lebih berhati-hati dan teratur...
selesai berjalan menaiki kereta je di Pantai Ulee Lheue...sebutan dia Ulele...huruf 'u' tu tak berbunyi pun...hehe kami meneruskan perjalanan ke Gampong Gurah...gampong tu adalah kampung dalam bahasa Aceh...di tengah-tengah sawah padi di Gampong Gurah ini terletaknya satu lagi keajaiban tsunami!di mana sebuah kubah masjid yang diperbuat daripada batu, yang sangat berat...tapi telah dihanyutkan oleh tsunami sejauh 2 km...menurut cerita penjaga di situ, kubah tu dihanyut sehingga ke gunung berhampiran..tapi selepas air surut, ianya turut dihanyutkan sehingga ke tengah sawah itu...memang ajaib!
di hadapan kubah yang tersadai itu, ada sebuah musolla, kalo nak bersolat...tapi di situ juga diletakkan gambar-gambar kenangan mengenai tsunami terutamanya rupa kubah ini semasa awal-awal ditemui...juga terdapat kotak kaca yang menempatkan naskhah-naskhah Al-Quran yang turut dibawa di dalam kubah tersebut semasa ianya hanyut dibawa tsunami!amazing kan?macam mana naskhah-naskhah tu boleh tak jatuh?tapi berada dalam kubah batu itu...Subhanallah!
dari Gampong Gurah, kami menuju pula salah satu masjid yang agak popular semasa kejadian tsunami berlaku...masjid yang terletak hanya kira-kira 400 meter dari Pantai Lampuuk ini masih berdiri gah walaupun seluruh kawasan kampung di sekelilingnya musnah!Subhanallah!sangat-sangat ajaib kan...kuasa Allah...setibanya di Masjid Rahmatullah ini, kami terus masuk ke dalamnya...kelihatan sebahagian besar masjid telah direnovasi dan diperbaiki...cuma ada 1 sudut bahagian yang dibiarkan seperti keadaan asal selepas dilanda tsunami...ditempatkan di bahagian berkaca...sebagai peringatan kepada semua akan berlakunya bencana hebat tersebut....walaupun telah berlaku kerosakan, namun masjid masih utuh berdiri!
di dinding kaca tersebut diletakkan gambar-gambar yang diambil di sekitar masjid tersebut selepas berlaku tsunami...memang sangat-sangat ajaib bila hanya masjid ini yang merupakan satu-satunya bangunan yang masih tegak berdiri selepas bencana berlaku!kelilingnya dah macam padang jarak, padang tekukur!huhuhu teringat cerita Paman di Dayah Nurul Huda, di mana di masjid inilah ditemui ikan yang tersangkut di atas kubahnya...menunjukkan air gelombang tsunami tersebut tingginya melebihi ketinggian masjid ini!huhuhu
selepas puas melihat bahagian dalam masjid ini, kami keluar pula untuk mengambil gambar...tiba-tiba disapa oleh makcik yang membuka kedai di hadapan masjid...siap tanya aku orang mana...sebab aku pakai tshirt australia masa tu...hehehe pastu beriya dia suruh kami ambil gambar dari kedai dia...sebab cantik viewnya...aku dah agak nanti lepas tu mesti dia suruh beli souvenir...so tekad kan hati, demi mendapat gambar yang cantik..ambil gambar dengan masjid dari depan kedai dia...siap dia tolong ambilkan tau...pastu terus aku cakap terima kasih dan minta diri...hehuuu kecewa la makcik..maaf makcik...huhuhu
lepas tu, kami menuju ke Pantai Lampuuk pula...untuk masuk ke kawasan pantai ini, kena bayar Rp3,000 seorang...lepas tu kami terus masuk dan parking di depan pondok-pondok kecil...sebelum tu Pak Edwar tanya nak makan ke tak..sebabnya di situ boleh parking kalo kita nak makan dan minum sahaja...so parking dan pondok-pondok tu kepunyaan gerai-gerai di situ la...kami terus menuju ke pondok paling hadapan dekat dengan laut...dan duduk order dulu...masing-masing order air dan kami order juga 1 mangkuk Mie Pop...saja la nak merasa...
lepas tu apa lagi, suruh Pak Edwar tunggu di pondok...kami terus ke pantai dan ambil gambar...Ya Ampun...cantik sangat pantai ni...air dia biru!serius sangat cantik!siap ada 2 tona warna lagi tau...hehe bak kata asie dah macam kat Pulau Redang/Pulau Perhentian...cantik sangat...so apa lagi, walaupun panas, kaki sampai nak terbakor dalam pasir tu...tetap gigih berposing ye!hahaha disebabkan hari ni petang sabtu, maka ramai la family kat sini...agaknya mereka dah mula lupa peristiwa tsunami tu...kalo tak, mau trauma gak nakpi pantai ni kan...huhuhu
lepas dah puas menikmati keindahan alam dan berposing...kami pun kembali ke pondok...melayan minuman dan makanan...nikmat sangat laaa dapat minum air sejuk masa panas gini kan...Mie Pop tu pedas giler wei...diorang ni memang suka makan pedas-pedas betul...huhuhu total makan dan minum hanyalah Rp42,000 sahaja..ok la kan...
kemudian Pak Edwar cadang kami ke Pantai Loknga pula...bila ditanya mana lagi cantik...dia cakap mana boleh cakap yang mana lagi cantik, nanti marah orang yang dikatakan pantainya tak cantik tu...hahahaha oklah, sebabkan lokasi dekat, so kami setuju ke Pantai Loknga...sampai je, ternyata pada aku, Pantai Lampuuk lagi cantik...di sini banyak batu-batu...hehehe so kami sempat berhenti di satu kawasan...ambil gambar...dan kemudian beli jagung bakar!ambil yang manis punya...taknak sapu kuah pedas...tekak aku tak masuk...beli 2 je dengan harga Rp10,000, sebab takut tak sedap...sekali ko, manis, rangup dan sedappp gile!nyesal weh..nyesal!huhuhu
lepas dari Pantai Loknga, kami mula menuju jalan pulang ke Banda Aceh...dalam perjalanan, sempat singgah di kedai menjual kuih muih tradisional Aceh...kedai ni banyak je tepi-tepi jalan tu...kami sempat mencuba pelbagai jenis kuih kat situ...ada satu yang kami suka...namanya Lontong Paris...celah mana tah ada lontong kat paris aku pun tak sure..hahaha dia macam kacang stick la...sedap...so angkut la sorang 2,3 bungkus..takleh beli banyak sangat sebab tak beli luggage pun...selain itu ada banyak lagi kuih-kuih lain yang boleh dicuba...
dah membeli di kedai tu...tiba-tiba Pak Edwar cadang rasa juga Kuih Kak Nah...lokasi kedainya dekat je dengan kedai pertama tu...tapi yang ini terletak tepi sawah yang cantik...aku suka!Kuih Kak Nah ni diperbuat dari tepung atau ubi...kami pilih ubi...so dia lembik-lembik sikit...tapi sedap la...lagi bahagian tepi yang rangup tu..hahaha bahagian tu habes dulu tau..punya sedap...dah panas-panas pula tu..memang harus cuba lah ni... =D
kemudian kami pun terus balik menuju ke kota Banda Aceh semula...sampai sahaja, terus singgah di Kherkhof Dutch Cemetery...rupanya sebelah Muzium Tsunami Aceh je...tapi tadi Pak Edwar lupa nak pergi sini...sini terletaknya perkuburan orang Belanda dulu kala..dikatakan ianya adalah kubur Belanda terbesar di Indonesia...hampir 2,000 orang Belanda ditanam di sini...khabarnya masa tsunami, berpuluh salib kubur hanyut dan hilang...kami tak masuk pun...just sampai, ambil gambar dan blah...dah masuk list kan...singgah je lah..hehuuu
dari Kherkhof Dutch Cemetery, kami pergi pula ke Taman Ratu Shafiatuddin...taman ini merupakan lambang kemegahan perempuan Aceh kerana namanya diambil sempena nama ratu termasyhur di Aceh iaitu Ratu Shafiatuddin...suatu masa dahulu, sebelum Indonesia terbentuk, Aceh dah menjadi sebuah kerajaan yang disegani dan pada masa tu juga, ratu-ratu yang pimpin kerajaan ni...salah seorang dia tu la Ratu Shafiatuddin...haaa apa yang ada di taman ini?taman ni macam Taman Mini Malaysia kat Melaka tu la...dia menempatkan pelbagai jenis rumah dari pelbagai tempat dan etnik di Aceh...memang unik sangat...dan paling best, masuk free dan boleh jalan naik kereta je...so kami pusing dalam tu naik kereta dan snap gambar rumah-rumah tradisional Aceh ini...menarik!
habis pusing Taman Ratu Safiathuddin ni, kami pun ajak Pak Edwar mencari sate matang!lokasi kedai yang dipilih adalah berhadapan Hotel Medan, di Jalan Peunayong...nama kedai takde...haaa sebenarnya sate ni sama je macam sate lain yang ada di Indonesia dan Malaysia...sate lembu dimakan dengan kuah kacang...tapi ianya dipanggil sate matang sebab asalnya dulu dari daerah Matang...sebab tu je namanya sate matang...so disebabkan taknak terlalu kenyang..kami cuma order 12 tusuk sate sahaja kat sini...so layan la makan...aku suka!tapi cikwi cakap manis...
dah kenyang sikit tu, ajak pula Pak Edwar ke kaki jalan yang menjual banyak-banyak sepatu atau kasut...haaa kebetulan nampak semalam tu ajak datang semula ke sini...macam menarik je kan....warna warni dia tu...hehehe duk usha-usha...last-last tak beli apa pun...tapi aku je la sempat sambar kasut untuk zara..sekali tak muat daa dia...haish...
then dah nak masuk maghrib, kami ke Pasar Atjeh pula...di belakang Masjid Raya Baiturrahman...masuk je kawasan pasar, dah azan...terus semua kedai bersiap-siap nak tutup..nasib ada kedai tudung baru nak tutup..laju je kami masuk...adik tu duk cakap nak tutup dah...kebanyakan kedai situ akan dibuka semula lepas solat la...tapi sebab kami taknak tunggu, kami minta dia tunggu kejap...haaa si asie dan cikwi jumpa tudung bawal kosong harga Rp10,000 je tau...apa lagi, sakan la diorang memborong!hahaha aku ada la beli sehelai dua yang ada bunga sikit-sikit...
lepas dah puas hati masing-masing dapat la shopping sikit tu kan...haaaa mula la perut berkeroncong sekali lagi...ajak Pak Edwar cari itik!so dia bawa kami ke Warung Nasi Bu Si Itek Bireuen ini...haaa sampai je kami, ada la sikit orang, tapi pekerja kedai semua takde!rupanya diorang pergi solat!haaa kami pun menunggu la...tak lama tu, kembali je pekerja kedai..terus beroperasi dan bising menggoreng seperti biasa!hahaha memang menakjubkan tau suasana ini...pastu aku tunggu la diorang datang order tapi tak datang...sekali rupanya sini punya stail, semua dapat makanan yang sama!so akan dapat nasi, gulai itik, sambal ikan bilis dan keropok...set begitu berharga Rp10,000 sahaja...tapi sebabkan porsi itik tu kecik sangat, kami tambah ayam tangkap!seketul besar berharga Rp10,000...so kami ambil 3 porsi ayam...macam mana rasa?serius jangan pandang rendah menu begini okeh....gulai itu sangat sedappp!!sedap sangat!!huhuhu sampai skang aku tengok, rasa nak telan air liur je...sedap giler okeh!huhuhuhu tambah plak ayam tangkap tu...lagi laa menambah selera...keropok dan sambal aku tak sentuh langsung...sebab dah sedap sangat dah makan gulai tu...hehehe terbaiklah!
dah kenyang, kami pun bergerak pulang ke hotel...maka berakhirlah hari kedua kami yang sangat panjang di Banda Aceh!kami sangat puas hati sebab dapat pergi dan menjejak kaki ke semua tempat yang telah dirancang untuk pergi...best sangat bila Pak Edwar sangat membantu dalam melaksanakan misi 1 hari kami ini!serius terbaik!dan sebelum naik bilik, kami dah bincang dan berjanji dengan Pak Edwar untuk berjumpa semula esok pada jam 9 pagi..then kami pun balik ke bilik...dan tidur dengan nyenyak!

10 comments:

  1. Replies
    1. en mie, tu seharusnya lah kan masa travel...hehehe

      Delete
  2. Dasat kan kubah mesjid leh ada kat situ.
    kuih tu nampak sedap.
    bestnya dok pantai sambil skodeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ar psl...berat kot kubah batu tu....
      kuih memang sodap!
      ktorg duk pantai takde apa nak skodeng...hahaha

      Delete
  3. Wowww...DJ...balik kg lagi jelezzz uuuuu...curlast tau...berapa harg tix dpt?

    Alhamdulillah bila dpt cover semua tempat mmg berbaloi kan..so jgn lupa kongsi itirenary..mana tahu kalau JM terPEGI ke sana..so tak terSKIP tempat2 yg menarik tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kampung saya JM...tapi kampung si sue tu!hahaha tiket rm500++...ok la...

      Itinerary Aceh ni ada dah sy upload kat side bar tu...boleh la refer nanti...

      Delete
  4. membaca entri anda mengimbau kenangan lalu di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe mmg standard tmpt2 nk lwt kt aceh ni..tu yg dejavu tu...hehe

      Delete
  5. tak sempat baca semua, tapi kentallah dapat rembat tiket murah tu! ke korea lagi ke? moh ke jepun ler pulak... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohoi org jauh....hehehe aku insyaAllah nak ke osaka next week....tapi perancangan, itinerary semua ke laut nih....hahaha macam2 perubahan last min...haish la....

      Delete