Tuesday, July 25, 2017

Rayakan SEBULAN!

Sambungan dari: Seminggu Beraya!

9 Syawal - hari pertama bekerja selepas seminggu berpuasa merupakan hari pertama mengganti puasa juga...gigih tau masuk kerja terus ganti puasa...first time rajin camni...so sebagai reward pada diri, terus ajak Liana buka kat Koryo-Won, IOI City Mall...Hajar pun ada join sekali...
11 Syawal - hari ke-2 berpuasa, masih gigih lagi tau...so demi menyemarakkan semangat berpuasa, kita pakai tuudng merah menyala...sebabnya 10 Syawal aku tewas, buka puasa awal pagi sebab pening kepala...
12 Syawal - menerima kunjungan daripada Europe, so selaku guide tak berbayar kat opis ni, sempat laaa aku bawa diorang jalan-jalan sekitar Putrajaya lepas abes waktu pejabat...seronok betul diorang dapat pergi Masjid Putra...
13 Syawal - sibuk dari pagi sampai ke petang!dengan melayan kunjungan hormat tetamu dari Eropah seawal pagi...lepas dorang balik tengahari tu kecoh opis aku dengan tudung bawal!hehehe...ada yang bermurah hati sedekah tudung bawal pada kawan-kawan... 
setel berbawal, kita pergi jalan raya masa lunch hour...ke rumah Syu di Putrajaya dan rumah Wani di Dengkil...bestnyaa jalan raya ramai-ramai macam ni...gamat jadinyaaa...seronok dapat makan sedap-sedap kat 2 rumah ni...balik opis petang tu kengantokan sebab kenyang gilaa...
malamnya sempat lari ke Seremban memenuhi jemputan kenduri kawin anak Cikgu Maridah dengan Dini...terharu dengar dia cakap kat adik beradik dia bila nampak kami, haaa inilah anak-anak saya...hehuuu....
14 Syawal - jalan raya dengan geng UKM...memula dengan Ika ke rumah Pn Aniza...lama gilaaa tak jumpa Pn Aniza ni, mau 10 tahun dah kot...sembang macam tak reti nak berhenti...nasib dia ada kelas, so terpaksa gak gerak ke rumah seterusnya iaitu umah Chubby...lepas tu ke rumah Prof Wan Aida pula dengan Ika dan Chubby...lepas tu Ika balik rumah bersiap menanti kehadiran kami, sementara tu aku dan Chubby sempat lari ke open house Ab di Gombak...siap jumpa Dini kat sana...lepas tu baru aku dan Chubby ke rumah Ika dan berjumpa dengan Sara...happy dapat jumpa kawan-kawan lama....
15 Syawal - aku di rumah celebrate birthday Anim...kami buat BBQ partayy...tapi family adik beradik je laaa...best sangat makanan sedap-sedap!hasil kerjasama mak, aku dan kak ipar aku...makan sampai lupa diri dan sendat perut!
16 Syawal - hari ke-3 aku berpuasa, aku menerima kunjungan dari sahabat lamaaa yang baru pulang dari sambung belajar di USA!kejap betul masa berlalu, sebelum pergi sempat Hatta jenguk aku kat sini, dah balik pun dia datang lagi...sembang sakan!
bila puasa ni selera lain macam, terus ajak Ab dan Dzuli layan 4Fingers di Nu Sentral...kemain makan siap bertambah...selera sangat memasing haaa...sempat layan mengopi lepas meratah ayam hingga ke tulang...ini jela raya kesekian, tahun ni tak dapat kumpul semua beraya bersama...
17 Syawal - puasa hari ke-4!raya ni memang bulan best dapat jumpa kawan lama kan, dan salah sorang yang aku dapat jumpa jiran masa zaman sekolah rendah iaitu Sarita!gila lama tak jumpa dia ni, dah 20 tahun kot...rezeki betul...
18 Syawal - jamuan raya di pejabat yang sungguh la meriahnyaaa...meriah dengan pelbagai fesyen baju dan makanan yang sedap-sedap!
tapi takleh enjoy raya sangat sebab petangnya ada online meeting dengan Parma, Italy...sobsss...ngantok gila masa meeting sebab banyak sangat makan lemang!
19 Syawal - aku ambil cuti hantar mak ke hospital...best dapat jumpa doktor yang bagus penjelasannya dan jelas nasihatnya...lepas tu ambil peluang ke Restoran Norazlina Chong untuk makan tengahari dan The Hyacinth for dessertsss...
20 Syawal - lunch hour kita beraya ke rumah Asilah beramai-ramai...konsep potluck juga masa ni...so macam-macam menu ada...Asie pun banyak masak lauk...aku siap bersilat kat dapaur masak Maggi Sotong Freshhhh...Asie baru balik mencandat...hehee best gilaaa...
21 Syawal - family besar belah abah dan mak datang ke rumah beraya...memang penat gila aku rasa memasak dan mengemas tapi happy dapat jumpa muka-muka yang dah lama tak jumpa...sempat gak Liana dan Dini datang terjah lewat petang tu...
malamnya sambung beraya ke rumah abang aku di Nilai...ya ampun masa ni makan rasa nak tutup mata sebab penat gilaaa...hahaha tapi sebab makanan sedap, kugagahi juaaa...
22 Syawal - jalan raya dengan cousin aku, Alin, ke rumah Kak Moli dan Kak Na...sempat aku sambung beraya dengan Kak Fairus yang dah bertahun tak jumpaaa...dan akhir sekali melepak dengan Ab di Cafe Lapis sambil ambil race kit untuk next running event plus bergossipan ler kiter!hehehe...
24 & 25 Syawal - tengah raya pun kena kerja kuat menjadi sekretariat seminar di tempat kerja...tapi harus sekretariat sakan berbaju cantik-cantik sebab masih dalam bulan raya kan...hehehe...so mood pun happy juga walau banyak drama!sempat berpuasa hari ke-5 pada 25 Syawal...gigih tau, makan free tapi aku puasa...hehehe...
26 Syawal - puasa hari ke-6!seminar back to back dengan mesyuarat peringkat nasional...pasrah je laaa...tapi tetap nak cantik-cantik semua orang...kata mood raya kan...
dan sempena berbuka puasa bagi hari ke-6 ni aku ajak Liana makan di Papparich!yeay!selepas bertahun tak ganti puasa dalam bulan Syawal dan buat puasa 6, akhirnyaa berjaya juga...hehehe Alhamdulillah...
27 Syawal - tengahari takde orang jemput kita open house dah, so kita pi makan besar di Ko Hyang Korean Delights...so yummy!
tahun kedua mendapat jemputan ke open house suami Farid iaitu Arip!haaa makan free, kita terjah je laaa...makanan dia sedap-sedap weh...punya banyak lelaki masa ni, tapi sebab makanan sedap, aku kalah!hahaha....langsung tak pedulik nak usha lelaki masa ni duk tekun ngadap makanan!
28 Syawal - sebabkan member opis nak ke Seremban, kenduri Wani, aku ajak laa diorang singgah breakfast rumah aku...dah alang-alang masak ajak geng lain juga...kalut drama weh sebab gas abes pagi tu...hahaha adoi...
setel orang terakhir sampai, kami pun gerak bersama ke Seremban, kenduri aqiqah anak Wani...tapi takleh lepak lama pun sebab CikWi nak cepat ke KL, ada urusan lain...
dan malamnya aku dan mak ikut anim ke open house kawan dia, Aini di Seri Kembangan...banyak gila aku makan masa ni sebab macam dah lama tak makan kuah kacang dan rendang ayam plak...hehehe...nasib baik la muat lagi kebaya aku tu...hahaha...
29 Syawal - sebabkan dah makan banyak Syawal ni, makanya hujung Syawal ni kita masuk la larian 10 km di PJ Half Marathon 2017...semput gila weh!hahaha...syiok dapat jumpa Michael dan Edmond, member UKM dulu...hehe join event ni dengan Raja, Syahnaz dan Ab...
selesai event, aku bergegas ke Shah Alam sebabnya nak gather member matriks aku dulu...ada laaa 3 orang je, yang lain busy...thanks Suzy jadi host dan Ilon datang dari JB...walaupun bertiga sahabat yang ada, tapi askar diorang ramai...so sangat meriah lah gathering kami...hehehe...
dan semalam 30 Syawal, plan nak berkumpul raya kesekian, tapi sebab memasing sibuk...takde la kesempatan nak beraya bersama cukup 4 orang...dan 30 Syawal pun aku takde apa aktiviti...cukup dah 29 hari beraya sakan kan...Alhamdulillah, banyak aku dapat buat raya tahun ni, ramai family dan kawan yang dah lama tak jumpa aku dapat jumpa tahun ni...happy dan syukur...moga ada kesempat bertemu Ramadhan dan Syawal yang akan datang...InsyaAllah...semoga yang baik-baik untuk kita semuaaa...

8 comments:

  1. Perghhh penuh dairi dia utk sebulan.. semalam last attend open house.. by the way selamat hari raya dan salam zulkaedah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kannn tp best!salam zulkaedah afif!

      Delete
  2. Waahhhh sukanya dapat tudung bawalll

    ReplyDelete
  3. cenni fat is screaming DJ ui...
    nasib baik syawal dah habeh smalam.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. oh yeke...nak kenal pun boleh...bujang lagi tuuu

      Delete