Monday, December 1, 2014

VMY2014: N.Sembilan ~ Port Dickson Bandar Tentera Darat Part 2 ~ PD Ostrich Showfarm & Cendol Bakar

Sambungan dari: VMY2014: N.Sembilan ~ Port Dickson Bandar Tentera Darat Part 1 ~ Reunion Kadet Warga Emas

hari ni kena bangun awal pagi sebab nak hantar abah main golf dengan kawan-kawan dia di Prot Dickson Golf and Country Club...lepas tu aku balik semula hotel dan sambung tido...dalam jam 10 lebih baru la kami bersiap-siap untuk terus check out...sempat juga la breakfast di hotel di hujung-hujung waktu...kemudian kami plan nak pergi ke Muzium Tentera Darat dan Muzium RAMD....sekali jalan ke Muzium Tentera Darat ditutup sebab ada event...haish geram pula...lepas tu ke Muzium RAMD, tutup la pulaaa...sedangkan tulis buka jer ahad...sobsss....pasrah betul masa ni...
masa ni tak tahu nak pergi mana dah....nak balik sambung tido, dah check out plak...abah abes main golf lambat lagik...sobsss....last-last adik bagi cadangan pergi PD Ostrich Showfarm yang kami nampak masa ke Tanjung Tuan semalam...layan jer la kan...nampak jer signage farm ni masa sebelum sampai Politeknik PD tu...bayaran yang dikenakan adalah RM13 bagi orang dewasa...masuk tempat camni semata nak membunuh masa, bawak plak mak aku yang terlebih sifat puteri lilinnyaa, memang tak tenang hati la aku kan...hahaha baru aku tau kenapa aku tak suka panas, keturunan rupanya...
lepas beli tiket, kitorang masuk jer, tengok ramai budak-budak tadika kat dalam tu duk bagi makanan kat kambing...kitorang tak tau nak pi mana dulu, terus menuju ke arah kafe...sekali kat situ ada tempat nak pijak telur ostrich nih!hehehe apa lagi try laa...tapi aku tak berani nak try, kalo pecah tak pasal kena bayar RM100!hahahaha mak aku yang bijak bestari ni, masa uncle tu tengah explain telur ni tak pecah kalo kita pijak, tetiba mak aku angkat telur tu dan hempas ke atas pasir!terkejut uncle tu...terus dia cakap pecah nanti telur tu kena bayar!hahaha rupanya telur ni tahan tekanan orang pijak...tapi tetap macam telur biasa, kalo kita hempas dia akan pecah jugak...aiyooo mak aku ni kan...malu ngan uncle tuh..hahahaha!oh ye kalo korang nak tau, size telur ostrich ni menyamai 28 biji telur ayam tau...sebab tu dia mahal!
lepas tu kami pun mula berjalan melihat binatang dalam kawasan farm tu...memang banyak binatang...paling istimewa adalah ostrich la kann....tapi yang best, sepanjang nak layan tengok binatang, mak aku duk bawah pokok jer...tak tahan panas katanya...hehehe so terpaksa la aku cepat-cepat berjalan melihat binatang...tu mesti dalam hati nyesal ikut cakap aku datang farm ni kan...hehehe oh ye, baby ostrich yang baru lahir boleh sampai berat 2kg!menyamai seekor ayam dewasa...manakala seekor ostrich dewasa boleh sampai berat 200kg!fuhhhh besar giler kan...sebab tu harga dia boleh sampai beribu ringgit seekor!dah macam 100 ekor ayam dah...
selain ostrich, ada juga burung, ayam, unta, donkey, kuda dan pelbagai macam lagi binatang kat dalam farm ni...kitorang cuma jalan laju-laju sambil snap gambar mana yang sempat jer laaa....sebabnya memang panas sangat masa tuh!bukan mak aku je tak tahan, aku pun dah hangat sangat masa ni...
dah abes jalan, kami menuju ke kafe semulaa....carik kipas!panas hoih!lepas tu adik order sate ostrich dan telur ostrich...bila sampai je makanan kat meja, tetiba jer tekak aku kembang!lagi nengok telur tuh...terus aku tak nak makan...sate tu je aku rasa secucuk, pastu takleh gi dah...terpaksa la adik makan sorang-sorang...harga sedikit mahal...dalam RM20++ kot untuk telur tu, sate pun lebih kurang la kot...aku tak ingat sangat...tapi sebab barang rare kan...terima pasrah je la harga gitu...
kemudian takde benda nak buat lagi, aku ajak diorang pergi seremban jer cari baju dan seluar...lepas tu ngam-ngam patah balik PD, abah aku call cakap dia dah abes main golf...terus jemput dia dan pi layan Cendol Bakar...cendol ni famous kat Kuala Selangor, sekali dah ada cawangan kat PD gak...tapi dia campur-campur banyak kedai kat sini...main kedai dia rupanya milik kawan abah aku....sakan la bersembang kat situ...dia buat konsep food court, sewakan kedai kat banyak peniaga...jadi banyak la menu kan...memang menarik!jom tengok makanan yang kami ambil...semuanya sedap-sedap belaka!nyummm!
abah aku punya lah suka cendol durian kat sini, sampai siap tapau 4 bekas bawak balik rumah!over sangat kan...macam kan kat sini takde orang jual cendol...hehehe ok dah selesai dahhh sesi melawat Port Dickson pada kali ni...sempoi je sebab lebih kepada nak layan abah aku nakpi reunion dia tu...hehehe next time datang sini lagi, aku nak pergi jugak Muzium Tentera Darat dan Muzium RAMD tuh!nak feeling anak tentera katanyaaa walaupun abah aku dah lama gilaaa kot berhenti.... =D

2 comments:

  1. Hahahaha ok fair & square. Garang macam Abah, puteri lilin macam Mak. Tapi serius lawak bila aku imagine Mak ko hempas telur tu ke pasir. Sungguh2 dia nak membuktikan telur tu tahan lasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha complete perangai kan...aku pun terkejut dengan sifat ingin tahu yang tinggi mak aku terhadap telur tu wei...hahahaha ape laaa yg dia duk pikir smpai nak hempas telur tuh!hahahaha

      Delete