post cerita pasal hari pertama perjalanan umrah aku duk dalam draf lagi...tak habis menaip!hahaha malas ya amat plus busy apetah sangat aku nowadays...hahaha tapi nak share sikit sini sebab tengah berbunga-bunga hati haaa...keseronokan kami keluarga umrah telah selamat berkumpul dan mengadakan aktiviti bersama di Lenggong pada hujung minggu yang lepas...syukur Alhamdulillah...keluarga umrah kami ni dah beberapa kali gak buat pertemuan di rumah salah sorang jemaah...dia jemput mutawwif kami bagi tazkirah, dan makan-makan bersama...so ada sebut pasal nak pergi Lenggong beramai-ramai...so tengok orang duk cakap je tapi tiada action, terus la aku pun melantik diri sendiri jadi Pengarah Program...hahaha pastu lantik paksa rela Atiqah selaku orang Lenggong jadi partner nak laksanakan program ni...Alhamdulillah perbincangan mula pada November tahun lepas dan berjaya gak anjurkannya pada Feb tahun ini...syukur Alhamdulillah...pertemuan pertama di KLIA pada 14 September 2022, yang bawa ke Madinah dan Mekah, serta dengan izin Allah berpanjangan sampai di Malaysia...seronok sungguh rasa dapat bersama-sama merapatkan ukhuwah...dari keluarga tu di kalangan yang pergi umrah je, now dah makin besar termasuk pasangan dan anak-anak yang lain...Alhamdulillah...semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berpanjangan dan menjadi asbab untuk kita ke syurga...Amin!