Tuesday, April 26, 2016

April 24 Cafe, Bangi Sentral

Sambungan dari: Jigar Cafe, Bangi Sentral

dari Jigar Cafe kami dengan pantas mencari tempat solat...sekali masa nak cepat tu laaa kawasan sekitar jammed gila!tak gerak kereta...huhuhu tengok jalan nak masuk masjid pun kereta tak gerak, terus decided solat kat petronas je la...tu pun sesak...huhuhu tapi takpela, tu petanda baik masih ramai yang bersolat...Alhamdulillah...selesai semua solat, kami pun bergerak ke lokasi seterusnya iaitu April 24 Cafe yang juga terletak di Bangi Sentral...belakang Mee Tarik Warisan tuh...masa kami sampai ni ramai la juga orang, nasib baik ada meja lagi kat belah dalam tu yang muat untuk ahli jemaah...
cafe gini memang aku suka...style dia simple saja...tak sarat dan memeningkan kepala dan mata...dah duduk tu, jejaka-jejaka hangat semalaya tak sampai lagi...terus aku pegang menu dan buat decision apa nak makan...aku order yang big portion supaya boleh share saja...almaklum, dah ramai yang dah hampir kekenyangan, tu decided nak share jer....lagi pula tengok portion di cafe ni agak besar...hehehe...
selesai buat order, tetiba sampai la jejaka hangat semalaya yang pertama iaitu Radin!hehehe saje aku ajak dia sempena bibie datang ni...kasik dia berkenalan dengan hakak-hakak sekelian ni ha...almaklum, dia pernah jumpa dengan aku jer sebelum ni...yang lain tu dia kenal melalui alam maya jer...hehehe...radin datang kitorang pun kecoh-kecoh nak pindah meja sebab aku rasa panasss kat belakang tuh...haaa masa kecoh-kecoh pindah ni la, sampai lagi soranggg jejaka hangat semalaya yang harus dirahsiakan identitinya, tapi aku kenalkan sebagai ABdul je la dalam cerita nih...hahahaha...makanya bermula la sesi beramah-tamah ahli jemaah sekelian...eh lupa plak, cemana tetiba ABdul leh join ni?sebabnya masa makan di Jigar Cafe petang tu, Dzuli upload gambo churros dan dia komen, haaa terus kami hajak dia sekali...ingat taknak, sebab hari tu aku ajak dah dia jual mahal...sekali dzuli ajak nak plak datangnyaaa...untonglaaaaa....hahahaha...

sedang sakan bersembang diorang ni...sampai laaa makanan yang diorder...nyum nyum....aku order 2 Mee Radja beef (RM15) yang nampak biasa jer, tapi boleh tahan sedappp...dan satu lagi aku order Supreme Grill (RM70)...yang ni wajib kongsi...kalo ko nak makan sorang-sorang memang muntah terbelahak ko nanti...hahahaha memang penuh daging-dagingan laaa menu nih...segala jenis binatang yang halal ada dalamnyaaa...paling aku suka ribss diaaa...sedap!
sambil makan secara jemaah, sambil mulut masing-masing tak henti bercakap...aku sampai tak tau nak join sape bersembang sebab banyak sangat topik yang disembangkan...terus pengerusi majlis hilang arah!kuikuikui kejap cerita joongki, kejap cerita abam sado, kejap cerita aurora, kejap cerita korea dan ntah hape hape lagi...huhuhuhu...tapi dalam banyak-banyak cerita paling takleh blah ada orang tak kasik dzuli send direct gambar kepada radin!nak kena melalui dia jugak.eh?
dan akhir sekali kena la ada sesi bergambar beramai-ramai kan...tapi tema perjumpaan kali ini adalah wajah di balik gelas...kerlassss keluar makan dengan retisss ni takleh tayang sangat muka kan...lain la aku yang muka bersepah di serata alam nih...hahahaha memang best sekali-sekala lepak macam ni kan, kenal orang baru yang share same interest walaupun aku sekarang mood traveling dah kelaut, tapi tetappp enjoy bercerita pasal travel...terima kasih semua sebab memeriahkan majlis Bibie, Azra, Mrs dan Dzuli...buat jejaka-jejaka hangat semalaya, Radin dan ABdul terima kasih datang dari jauh, moga tak serik dengan repekan-repekan kami...terima kasih daun keladi juga pada yang menaja makan malam kami tu...moga makin murahhhh rezeki andaaa....Aminnnn....

Monday, April 25, 2016

Jigar Cafe, Bangi Sentral

sempena kedatangan 'transit' kaklong kawasan KK iaitu Bibie Karim ke Kuala Lumpur selepas berjimba di Korea pada 17 April yang lepas, kitorang plan nak lepak sesama...untuk perjumpaan kali ni macam biasa laaa aku, dzuli, azra dan mrs merupakan ahli tetap...dan kemudian aku jemput juga radin untuk join kami...dan disebabkan ada ahli baru ni, makanya untuk sesi merempan dan mengaruk lebih tu, kitorang buat dulu pre-session masa minum petang...supaya tak terkeluar banyak perkara tidak sepatutnya di hadapan radin nanti masa dinner...wakakakaka...

pilihan cafe kami adalah Jigar Cafe yang terletak di Bangi Sentral...kemain banyak betol hipster cafe kawasan ni sekarang...gigih nak cuba satu persatu kannn...pada hari kejadian, aku gerak dari rumah lepas asar...dalam 5.30 petang sampai tu, dzuli dan mrs dah sampai dahhh...dah siap order kue teow goreng lagi kan...hehehe...azra lambat sikit sebab dia pi jemput bibie dia putrajaya sentral...
masuk jer cafe ni, aku sukaaa...cantik cafe diaaa...sejuk dan nyaman lagi keadaan kat dalam ni...almaklum skang ni kalo duk kat luar sekejap je dah basah ketiak!panas gila hoih...makanya duk dalam ni dengan aircond atas kepala yang kuat, rasa best!hehehe...
lepas snap ala kadar gambar dalam kedai, kita usha menu pula...kononnya taknak makan berat sangat sebab malam nanti ada 2nd session pula...yang tu nak makan beriya sikit...sekali dak berdua tu dah kebuluran dan order kue teow goreng...dan dah tolong orderkan churros aku sekali....hehehe....katanya churros kat sini sedappp...haaa tapi pape pun meh kita usha menu...banyak gak menu dia dan nampak menarik cuma aku snap sikit-sikit jer la yer...kasik idea kat korang je la apa yang ada dijual di sini...nak tau lanjut, sila terjah!heheheh...
lepas tu sakan la kami bersembang...macam kan bertahun tak jumpa kan...hahaha sambil tu duk ngetest ambil gambar guna gopro juga...terpaksa aku fefeeling model kejap...dan keep on contacting azra dan bibie tanya lokasi mereka...rupanya ramai gila rakyat marhaen malaysia yang baru balik negara dari bercuti...dekat sejam baru bibie boleh keluar dari airport tu sebab panjangggg beratur di immigresen...pasrah laaa....
sambil sembang tu, sambil makanan sampai...haaa both of them cakap kopi kat sini kureng....nasib baik aku order Chamomile Tea...hehehe air kosong kat sini self service, aku suka...teringat kenangan silam di Australia...kebanyakan kedai camni laaa...kat Malaysia dah banyak dah hipster cafe buat lagu ni...baguih nooo...
untuk kue teow goreng ni kami sepakat mengatakan ianya sedappp laaa...tak sure sebab kelaparan ke, atau memang betul-betul sedappp...hahaha tapi ok laaa, diterima dek tekak...churros dia pula pada aku sedap....lagi dengan sos coklat tu sedappp...tapi dzuli cakap churros dia macam padat sikit la...paling tak menahan, diorang dah kenyang makan kue teow, aku kena sensorang kena abeskan churros tu tau!sengkak perut!hahaha eh, tapi lepas tu sampai plak Nutella Cheesecake yang nyumnyum...cuma crust dia laaa kurang sikit, tapi cheese dan nutella tu sedappp...eh pernah ke 1 benda tu tak sedappp...hahahah
sampai dah abes makan, dah nak rasa lapar balik baru laaaaa si azra dan bibie sampai!sempat laaa diorang berdua layan minum air jer kat situuu sebab lepas tu kitorang nak kena bekejar cari tempat solat maghrib pula sebelum ke cafe seterusnya untuk bertemu jejaka-jejaka hangat semalaya...ehhhhh jejaka-jejaka?bukan radin sorang jer ke tadi?hahahaha....jeng jeng jeng...

Sunday, April 24, 2016

Eid Boutique Cafe, Bangi Sentral

masih ingat tentang post ini Eid Restaurant, Itaewon, Seoul bakal membuka cawangan di Malaysia!?hehehe haaa selepas lebih 2 bulan menanti, akhirnya pada 9 April yang lepas, Eid Boutique Cafe yang terletak di Bangi Sentral telah memulakan operasi!tapi disebabkan aku berada di Pulau Mabul masa tu, makanya aku hanya dapat menerjah ke cafe ini pada 12 April...balik jer terus pergi tau...gigih sangat!masa ni kebetulan aku ambil cuti, so aku roger Fatin tanya buka ke cafe hari ni...lepas dia cakap buka, terus petang-petang sikit tu aku roger Dzuli untuk jumpa di cafe nih dengan muka terbakor hasil percutian di Mabul katanyaaa...hehehe petang tu sampai je di area PKNS Bandar Baru Bangi tu, aku dah nampak dahhhh bunting Eid Boutique Cafe nih...haaa tu dia, terus hakak excited tau...hehehe...
terletak di shoplot belakang PKNS tu, cafe ni terletak di corner lot!haaa sampai-sampai jer dah nampak dahhhh muka Si Saad atau lebih dikenali sebagai Hyunwoo Oppa di kalangan gadis-gadis tempatan ni menyambut semuaaaa peminat pelanggan ke Eid Boutique Cafe...hahaha
masa aku sampai ni dalam kul 5 petang so takde orang sangat...masa kat parking lagi, adik si Fatin dah nampak aku dan luckily walaupun muka dah rentung, dia masih kenal aku lagik...hahahaha dan melangkah masukkk je aku ke dalam cafe ni, kemainnn excited muka-muka yang dikenali ini menyambut ketibaan hakak DJ...terasa welcoming sungguh tauuu...hehehe...dan simple dan selesa dekorasi cafe ni...i loike!
punya la aku duk call si dzuli, rupanya dia dah duduk dalam cafe nih...hehehe semangat ko kan masuk awal...hahaha masuk jer, kami dimaklumkan order kena buat di kaunter yer!haaa jom kita usha menu yang ada kat cafe nih...buat masa ini ada 4 jenis pilihan makanan yang disediakan iaitu Dakganjeong (sweet sour chicken), Jumeokbap (rice ball) yang boleh pilih nak tuna or beef, Korean Butter Bread (choco or caramel) dan Goguma mattang (deep-fried sugar glazed sweet potato wedges) - RM12...haaa semua ni merupakan street food di Korea!nyum nyum...
dan istimewanya di cafe ni adalah minumannnn dia!semuanya adalah healthy drinks yang susah nak dapat kat Malaysia ni tauuu...ada Omijacha (five flavours tea) yang aku pernah minum di Eid Restaurant di Seoul dulu!wahhhh dapat juga laaa melepas kerinduan kannn...heheheh selain tu ada juga Yujacha (citron tea), Bokbunjacha (black raspberry tea), Maesilcha (korean plum tea), Sikhye (korean sweet rice tea) dan Sujeongwa (cinnamon persimmon punch)....haaaa semua minuman ni boleh pilih nak dalam size medium or large tapi masa aku datang hari tu dia free upgrade lagi ke large...hehehe dannn juga leh pilih nak minuman biasa, sparkling or shake....harga antara RM9 hingga RM15 sahaja...
lepas dah buat order tu, aku pun usha laaaa satu sudut dalam cafe ni yang menempatkan barangan dari Korea yang dijual di sini...haaa dah nama pun boutique cafe kan, diorang ada jual shawl yang direka dan dibawa khas dari Korea!dengan menggunakan nama Sharmine, nahhh korang tengok sendiri laaa...aku tak reti sangat bab shawl ni, almaklum pengguna tegar tudung bawal...hehehe...
tak lama pun menanti, air minuman kami sampai dulu...aku order Omijacha dan Dzuli order Yujacha...haaa lupa nak bagitau, bila order air tu, nanti dapat kad ni tau...tak silap aku simpan sampai 6 keping, nanti leh dapat free minuman!hehehe menarikkan...ni saje la ni nak suh aku datang lagi kannn...hahahaha dan air ni datang dalam gelas yang besarrrr dan rasanya sungguh refreshing!Omijacha tu buat aku terkenang musim bunga di Korea!gituuu kan fefeeling...hahaha tapi seriously musim panas-panas ni memang sedap layan minuman ni...Yujacha tu pun sedap takde kurangnyaaa...nyummmsss....wajib cuba tau kalo ke Eid Boutique Cafe nih...
dannn akhirnya tibalaaaa makanan yang dinanti-nantikan....aku order Dakganjeong (RM18)...bila sampai je makanan tu, terkejut tengok portion ayam dia sangat banyak!didatangkan sekali dengan salad dan 2 biji rice ball...haaa apa lagi lajuuu je ngap ayam tu dulu...boneless chicken yang digoreng rangup dan disaluti sos cili korea yang sedappp...memang terbaek!aku sukaaa...Saad cakap biasanya di Korea orang non muslim layan Dakganjeong ni dengan beer...tapi dia ngan abang dia layan dengan Coke jer...hehehe rice ball dia pun sedappp...dia campur dengan capsicum...masa tengah makan tu, Saad nampak salad aku dah abes, lajuu je dia offer nak tambah lagi salad tuh...tapi sebabkan dah terlalu kenyang, aku tolak offer dia tu...bagus diorang ni, concern dengan keperluan pelanggan...gituuu...
dan Dzuli pula order Goguma mattang (RM12)...kata mereka masa bulan puasa, orang muslim di Korea akan makan ini menggantikan kurma...haaa memang manis la kan sweet potato tu dia salut dengan gulaaa...ditabur pula dengan almond dan gajus...memang sedap...tapi sebab aku kurang sikit makanan berubi ni, so aku makan sikit jer la...lagi plak dah kekenyangan makan ayam goreng nyummeh tuu....
overall aku berpuas hati dengan 2 jenis menu dan minuman yang kitorang order nih....memang sedap dan memikat hati hakak...hehehe sambil makan, sambil sembang dengan dzuli...sambil pedajal kawan dzuli, si ean yang teringinnnn sangat nak datang cafe nih...hahaha
sembang punya sembang, aku teringat ada tengok lukisan bangunan di Korea dalam Instagram mereka...tapi tak nampak pula dalam cafe tu...sekali kat belah luar rupanyaaa...terus bergambar kat situuu...cantik juga lukisan dia...ada gambar palace di Seoul dan paling penting ada N Seoul Tower!wahhhhh rinduuuuuu....huhuhu....
lepas bergambar kita masuk dalam lagi sambung sembang...masa aku order tadi, Fatin ada bagitau kalo aku ambil gambar dan tag mereka di Facebook, boleh dapat free refill untuk air!haaaa best-best...so both of us buat kerja tu, so boleh la dapat 2 kali refill kan....tapi sebabkan dah kekenyangan, kitorang just order satu je laaa...Fatin suggest untuk cuba rasa Sikhye pula...and guess what?air dia yang ni is soooo refreshing!suka!hehehe 1st time minum dah nak jatuh hati gitu...ada rasa-rasa barley sikit tapi yang ni beras tau...
then kami sambung sembang sampai laaa nak dekat maghrib...masa ni dah mula ramai yang datang untuk makan malam...baguih la kan...moga makin majuuu perniagaan diorang ni...dan before balik sempat laaa kami bergambar bersama Fatin ni...haaa sesape pi Eid Boutique Cafe tu, pi carik Fatin ni yer!jangan asyik nak carik Saad je plak tau...hahahaha...
dannnnn ceritanya tak abes di situuuu...hahahaha pada hari sabtu minggu yang sama....demi tidak menghampakan si Azra yang baru pulang dari Iceland serta tekak dzuli yang teringin kan Sikhye ketika panas mentari, aku gigihkan jugaaaa ke Eid Boutique Cafe ini sekali lagi...hahahaha haaa kauuu datang masa weekend, penuh!nasib baik masa sampai ada satu meja yang adik fatin tengah duduk, dengan pantas dia bagi meja tu ke aku...hehehe rejeki...dalam ramai-ramai pelanggan tu, sempat laaa si Saad ni sapa aku dari jauh...bagus-bagus...aku suka dengan keramahan mereka-mereka ini...Fatin taknampak dah, sibuk bersilat di dapur rasanya....hahahaha...
aku lepak menanti dzuli dan azra...masa ni sibuk la aku buat observation...boleh kata 90% yang datang cafe ni adalah wanita!hahaha penangan kpop dan oppa sungguh ni...hahaha dan tak lama tu diorang pun sampai...dan aku dapat stroopwafel dari Amsterdammm!yeay suka...
then terus la kita membuat order di kaunter...kali ni aku order Bokbunjacha, dzuli order Sikhye dan azra cuba Omijacha...sejukkk gila tekak dapat minuman nih...memang sedapppp...ada juga aku order air kosong, free jer la...
dan kali ni sebabkan dah makan nasi kat rumah, aku cuma order Korean Butter Bread (RM13) dan aku pilih caramel sauce...haaa ikhlas aku cakap, memula aku pandangan rendah gak laaa menu ni sebab dia pakai roti gardenia jer...untuk yang biasa ke korea ni, harus aku compare ngan roti sana yang ada roti tebal tu kan...hahahaha butttt surprisingly, menu ini sedappppp...hahaha aku tak tau nak cakap macam mana, tapi bila ko potong dan masukkan dalam mulut tu, kombinasi dari roti, butter kat tengah roti tu, cream dan caramel tu macam meletup-letup plak dalam mulut...lagi dia macam hangat-hangat sikit...memang best...hehehe cuma kena makan cepat laaa sebab dia warm, so cream tu cepat mencair...aku just wonder apa beza dia kalo dia tukar cream tu kepada aiskrim vanilla...hahahaha...
dan azra pula order Dakganjeong...tapi lepas beberapa ketika, tak sampai-sampai ayam goreng nyaaa...sempat laaa aku bertanya pada Fatin dan Saad...tapi diorang minta maaf sebab very peak hour kan, tu yang lambat sikit tu...tapi aku selaku hakak yang sporting, memahami laaa kan...kira ni 1st weekend diorang baru buka, harus unexpected tsunami manusia tuh...jadinya kami sambung bersembang laaa...dan tetibaaaa jer, Saad datang bawa 3 biji nasi kepal kimchi dengan daging kat atas diaa...aku macam terkejut, mana pula datangnya menu ni...takde dalam list rasanya..sekali dia cakap complimentary sebab feel sorry ayam lambat sampai...dia cakap tu lunch diorang sebenarnya, so diorang share laa ngan kitorang...alololo so sweet tau budak-budak ni...pandai ambil hati customer...hehehe dan paling syiok adalah bila masuk mulut jer nasi kimchi tu, terussss kitorang fefeeling berada kat Nami Island...sedap hoih!hahahaha aku siap komplen kat diorang, kenapa tak masukkan nasi ni dalam menu korangggg....please laaa masukkan...aku sukaaaaa....sedapppppp!
dan tak lama lepas tu, sampai laaa Dakganjeong azra tuuu...hehehe rezeki kan, tetibaaa jer dapat nasi kimchi free...sedap plak tuh...hehehe dan dalam jam 3.30 petang tu, masa orang dah reda sikit...nampak laaa budak-budak tu bawak semangkuk nasi kimchi ni dan makan bersama...terasa nak buat muka tak malu je mintak lagi sebab sedappp...hahahaha tapi hakak kena la kontrol macho kan...sambil menangis dalam hati...huhuhu haaa ok la, pape pun aku nengok update kat Instagram diorang memang sentiasa penuhhh je la orang kan...Alhamdulillah....moga terus berkekalan hendakNya...aku percaya kedai makan ni, as long as servis ko bagus, makanan sedappp....orang akan terus datang jer...good luck yer Eid BoutiqueCafe!dan untuk Fatin dan Saad, tolong pertimbangkan secara serius cadangan kak DJ untuk komersialkan nasi kimchi tu yerrr!hahahaha ok korang apa lagi, terjahhhh ler!hehehe...