Friday, January 29, 2016

The Grato, Bandar Seri Putra

last week nampak banner The Grato digantungkan di area Bandar Seri Putra, aku dah excited!aku pernah makan di The Grato yang di Bandar Baru Bangi...memang sedap la masa tu kan...so bila dah nampak ada cawangan baru berhampiran rumah ni, harus la membuak-buak hati nak mencobanya...hehehe...so malam jumaat lepas aku dengan family telah ke The Grato di Bandar Seri Putra ni...baru je lepas waktu maghrib, dah ramai dah orang kat kedai ni...pergh dahsyat...nasib masa kami sampai masih ada tempat kosong...lepas tu orang dah kena beratur untuk masuk ke kedai ni...hehuuu...
haaa untuk pengetahuan korang, The Grato ni menyediakan makanan berkonsepkan Italian and Western Cuisine...so memang sangat sesuai sangat laaa untuk Meng dari Hitaly dan juga Azra & Dzuli dari Amerika!hahaha...malas cerita panjang, jommm layan menu!gigih aku snap satu persatu tauuu...maafkan la kualitas gambar yang tak seberapa ni yer...ada banyak pilihan makanan kat sini dan harga makanannya pun biasa je la, tak mahal mana...
jom layan tengok makanan apa yang kami makan...abah aku nak order BBQ Short Ribs tapi habis pulaa...so kena la order Grilled Chicken with mixed vege and fries (RM12.90)...besar juga portion ayam dia tu, ada 2 keping...aku tak sempat pula rasa makanan abah aku ni, tapi abah cakap ok je laaa...abang aku pula order Classic Lamb Chop (RM16.90)...abang aku kurang berpuas hati sebab lamb dia sejuk jer...so agak liat, nasib baik dia potong nipis...hehuuuu...
dan aku pula order Chicken Steak with pasta (RM12.90)...pasta dia tu dia goreng dengan garlic kosong jer, tapi nyummmsss!memang dari dulu aku suka garlic pasta di The Grato ni...tapi sayangnya ayam dia tu kureng sikit...aku rasa macam ayam goreng kunyit pun hadooo...kena siram ngan sos lada hitam...hehuuuu...dan adik pula order Classic Chicken Chop (RM12.90)...adik cakap ayam dia sedappp, rasa fresh...so aku sempat rasa sikit, ok laaaa...dan paling akhir sampai, dia lupa agaknya, adalah menu mak aku iaitu Marinara Pasta (RM12.90)...mak aku sangat laa tak berpuas hati dengan pasta dia ni...asyik laaa duk puji garlic pastu aku tu yang sedap gilaaa....hehehe...
overall aku rasa kurang sikit laaa The Grato di Bandar Seri Putra nih...rasanya yang di Bandar Baru Bangi jauhhh lebih sedap...tapi mungkin juga laa sebab baru buka, so takleh handle lagi ke macam mana...harap-harap makin bertambah baik la servisnya dan makanannya lepas ini yer!hehuuuu!

Thursday, January 28, 2016

Eid Restaurant, Itaewon, Seoul bakal membuka cawangan di Malaysia!

sejak last trip aku ke Seoul, South Korea bulan April tahun lepas, aku memang gila teringin nak makan Samgyetang dan Bulgogi di Eid Restaurant di Itaewon...gila punya sedap hoih!sampaikan aku tak berani nak order 2 makanan tu kat kedai lain sebab takut tak capai expectation aku yang dah menjulang tinggi ni lepas layan makanan tuh kat Eid Restaurant...hehehe bunyi macam poyo kan?tapi itulah hakikatnya...serious sedap!masa ke restoran tu dalam trip yang lepas, aku sempat sembang dengan Saad, anak owner tu pasal cita-cita diorang nak buka perniagaan di Malaysia juga...aku memang sungguh-sungguh la support...gila kau tak support, untuk kepentingan perut aku gak nanti kan...takde la aku asyikkk nak kena datang Seoul kalo nak makan Samgyetang dan Bulgogi sedap gila tuh...hehehe

dannn selepas hampir setahun alkisah mendengar cita-cita anak muda tuh, tetibaaa jer pada awal Januari baru ni sue bagitau aku Eid Restaurant update di FB mereka yang diorang dah ready nak buka cawangan di Malaysia!waaaaahhhh dan paling tak menahan, sue siap pi private message diorang tanya lokasi nak buka restoran tu...sekali diorang jawab Bangi!haaa terus kaklong kawasan melompat riang tau!hahahaha excited tahap gaban, tak sabar nak makan Samgyetang dan Bulgogi!ok excited nak jumpa Saad gak lepas teringat dia cerita pasal cita-cita nak buka bisnes dia di Malaysia tuh...Alhamdulillah hampir menjadi kenyataan...
dannn pada hari Ahad lepas again mereka update di FB mengenai progress renovation kedai mereka...dan paling tak menahan ada gambar depan kedai!haaa tengok sikit je, aku dah boleh agak lokasinya kat mana okeh!nampak tak tanda cop kaklong kawasan kat dahi aku?hahaha...excited weh...excited sangat...hahaha!
then keesokan harinya, masa hari isnin cuti thaipusam tu, aku join geng #jomkurus aku membakar lemak di Putrajaya...haaa aku kena sertakan sekali bukti aktiviti nih supaya takde yang kata aku tipu dengan cerita yang bakal aku ceritakan lepas ni...hahahaha!tak baik fitonah aku tau...hehehe...eh ada plak gambar Ratu Plank a.k.a Duta Abadi JJCM tengah buat plank tuh...hehehe...
dannnn lepas abes je aktiviti membakar lemak tu, aku pun bergerak balik ke rumah melalui Bandar Baru Bangi...pastukan, tetibaaaa jer hati tergerak nak pusing-pusing area Bangi tu...nak tengok betul ke tekaan aku terhadap lokasi Eid Restaurant yang bakal dibuka tu...sekali pusing punya pusing, betul kooo tekaan aku...siap nampak Saad lagi!hahaha haiyak, memula ragu-ragu gak, nak ke keluar kereta pergi tegur?lepas seketika, aku terus decided arghhh pergi je laaa...aku bukan nak menggatal pun kan...aku nak menunjukkan sokongan kaklong kawasan ke atas pembukaan restoran ni jer...ecewah...hahaha 

masuk-masuk jer terus tegur Saad, dia macam blur je kan...then aku cakap la pernah jumpa dia dulu kat Seoul dan tunjuk gambar aku...dan-dan diaaa ooooo...konon kenal kan...hahaha lepas terus sembang-sembang pasal restoran ni, makanan apa nak jual, konsep apa bla...bla...bla...sempat juga berkenalan dengan Fatin, business partner Saad di Malaysia nih...dannn dari diorang ni juga laaa aku dapat tau yang mereka akan buka Eid Cafe kat sini, bukan Eid Restaurant...konsep cafe ni akan jual minuman macam coffee dan paling penting ada tauuu omija tea yang best tuh!pastu diorang akan serve juga korean street food macam toppokki, rice ball, fried chicken dan lain-lain lagi...alaaa a bit kecewa sebab katanya Samgyetang dan Bulgogi belum sampai masanya lagi nak disediakan di cafe nih...hohoho nampaknya hakak kena pi Seoul juga laaa nih nak layan Samgyetang dan Bulgogi...sobsss!dan selain tu, cafe ni juga akan menjual hijab-hijab yang dibawa khas dari Korea...haaa menarik kan?tak sabar nak tunggu cafe ni operate nanti...katanya dalam masa sebulan lagi laaa...dan selaku kaklong kawasan dan Duta Abadi JJCM, sempat laa aku share info mengenai banyaknya dah kedai makanan korea di sekitar Putrajaya Bangi ni, terutamanya di IOI City Mall tu...saja laa alert sikit, supaya mereka lebih berdaya saing dalam berniaga ni nanti...hehehe...
so siap sediala eh kita menanti pembukaan Eid Cafe di Bandar Baru Bangi ni nanti...aku dah pesan dengan Fatin dan Saad tu supaya keep on updating tarikh pembukaan nanti...hakak tak sabar nak buat review...hehehe...oh ya, aku upload gambar dengan Fatin dan Saad di beberapa media sosial, dan telah mengundang pelbagai rekasi dari rakan-rakan...ada yang positif, ada juga yang negatif...so aku anggap je la tu sebagai cabaran dan dugaan dalam menjadi kaklong kawasan dan Duta Abadi JJCM yer!hahahaha...daaaaaaa...... =P

Wednesday, January 27, 2016

MyMakan, Ayer@8, Putrajaya

last 2 weeks kot budak-budak cawangan aku beramai-ramai keluar lunch bersama...macam biasa semua tala ke aku laaa bila sampai masa nak decide tempat makan...nasib laa dalam kepala aku ni ada jerrr tempat baru nak makan kan...hehehe...aku decided untuk ajak diorang cuba makan di MyMakan yang baru dibuka di Ayer@8!haaa dengan moto 'Keikhlasan adalah resipi yang sebenar', ayuh kita terjah!lokasi MyMakan ni adalah sederet dengan Bank Rakyat dan Marrybrown...rasanya dulu lokasi ni ada kedai lain, tapi kedai tu dah lingkup agaknyaaa....

masa kitorang sampai ni tak ramai orang pun lagi...terus duduk dan usha menu...wahhh menggoda betul menu diaaa...ada udang galah, ketam, lobster dan segala haiwan lautan...ada lauk pauk makan ngan nasi macam masak berlado, masak tempoyak, asam pedas dan soup...selain tu ada juga segala macam mi, nasi yang dimasak bersama haiwan-haiwan lautan yang dinyatakan di atas tuh...hehehe harga kalo tengok memang agak mahal, tapi....portion dia besar!leh share dengan kawan-kawan...
selain dari menu yang dah tunjuk tu, diorang ada sediakan juga set lunch...dengan harga serendah RM15.90, leh dapat nasi, lauk-pauk, soup dan juga air!haaa ok la kan, dan again macam aku cakap tadi, portion lauk dia tu besar tau...puas hati makan...
untuk kami berlapan ni, aku order 2 set semua lauk-pauk yang dipilih...aku order Ikan Bawal Tempoyak (RM17.90 perset), Asam Pedas Daging (RM17.90 perset), Ikan Pari Berlado (RM17.90 perset) dan Telur Dadar (RM4.00 perset)...dan untuk setiap set lauk-pauk tu disertakan sekali dengan nasi berserta telur masin, ulam-ulaman dan keropok...lepas tu aku cuma tambah 2 pinggan nasi putih je lagi dengan harga RM2.00 setiap satu...yezzaaa dipersilakan masuk semuaaa para jelitawan MyMakan...hehehe
overall makan kat sini ok laaa...ikan bawal tempoyak tu aku ingat ala-ala pais, rupanya asam tempoyak...kalo tau gitu, aku amek ikan patin...hehehe tapi sedap je laaaa ikan dia tu...nyum nyum...asam pedas daging tu pun sedapp kat aku...aku jarang makan asam pedas daging, so yang ni ok la diterima dek tekak...ikan pari berlado requested by mak buyung, so ok juga la cuma kecil sikit portion dia berbanding yang lain...dan telur dadar dia kempis jer...kurang memberangsangkan...hehehe...tapi yang penting semua budak-budak ni happy dengan tempat makan pilihan Duta Abadi JJCM...nasib baik la kan perut diorang tak demand sangat...kalo tak, mau tercalar kredibiliti duta abadi nih...hehehe!
oh ye, khabarnya diorang buka juga untuk breakfast...ada macam-macam menu yang disediakan...tapi aku takkan nye laaa nak datang sini masa breakfast, so aku share je la ye kalo ada sape-sape nak terjah masa minum pagi tuuu...ok korang enjoy!

Tuesday, January 26, 2016

Cảm ơn Vietnam :: Day 4.3 :: Restoran Halal Amin Pho Muslim, Ben Thanh Night Market & Restoran Kampung Melayu, Ho Chi Minh

Sambungan dari: Cảm ơn Vietnam :: Day 4.2 :: Mekong Delta Discovery Part 2

selesai 1-day tour ke Mekong Delta, akhirnya kami selamat sampai di The Sinh Tourist Office pada jam 5.30 petang...dalam kepenatan tu, gigih berjalan pantas balik ke hotel...siap solat semua, kami terus keluar balik sebab kelaparan!almaklum makan tengahari tak berapa nak syiok masa tour tadi...hehuuuu untuk early dinner kitorang ke Restoran Halal Amin yang terletak selang beberapa pintu dari hotel...dalam banyak-banyak kedai makan halal area hotel ni, kedai ni laaa paling sempoi dan murah!dan seharusnya kami kat sini nak cuba makanan paling famous di Vietnam iaitu Mi Pho!haaa wajib okeh datang Vietnam makan Mi Pho ni...
Mi Pho ni sebenarnya adalah mi sup...leh pilih la nak sup ayam atau daging...mi dia pula ala-ala kueh teow tapi halus sikit...harga Mi Pho di kedai ini adalah VND55,000 sahaja...haaa murah kan?dan paling best sekali bila Mi Pho ni dimakan bersama cili kelapa hitam yang pedas dan sedapppp tuh!memang meletup-letup rasa dia dalam mulut...hehehe aku suka gila sambal tu...sup tu sedap la, tapi sup je kan...mana nak puas makan...jadinya dengan sambal tu la menaikkan lagi selera makan aku...hehehe!
lepas dah kenyang makan, kitorang pun mulaaa laaa berjalan area depan hotel tu nak mulakan aktiviti nyopping...tapi sebelum tu singgah duluuuu minum kopi OOZE yang sedap level tak hengat donia punya nih!aku takleh kira berapa kali tah aku beli kopi ni weh...sedap gila!sedangkan masa ni aku dah stop minum air manis...tapi penangan kopi ni, takleh tahannnn...mamat ni jual kopi atas motor jer dan sentiasa ada di area jalan depan hotel tuh!harga secawan kopi ais ni adalah VND20,000 sahaja atau leh bayar dalam RM sebanyak RM3...haaa pilih la mana yang lebih untung yer!
then kami nampak pula gerai orang jual kuih-muih halal kat situ...terus pi usha untuk beli bekal masa tour keesokan harinya pulaaa...kitorang beli donut jer dengan harga VND30,000 untuk 6 biji donut...boleh laaa buat alas perut esok pagi...
lepas tu apa lagi, cuci mata laaa sambil duit dalam poket melompat-lompat!hehehe aku ok lagi laaa...si dini dan liana laaaa dah menggila...tak nyempat-nyempat dah...aku cuma jalan-jalan sekitar depan hotel jer dulu sebab aku dah janji nak jumpa member...budak 2 orang tu memula janji ngan aku nak jalan sekitar depan hotel je dulu, tunggu aku jumpa member...sekali memasing gelisah tak bertempat kannn...terus aku halau jer diorang pi night market!hahaha untuk pengetahuan korang, sepanjang jalan depan hotel kitorang ni memang penuh gerai-gerai dibuka malam-malam ni jual macam-macam benda...dan di keliling Ben Thanh Market, tak jauh dari hotel kitorang tu pun penuhhhh dengan gerai-gerai night market...memang tak senang duduk dibuatnyaa...
lepas aku halau dak dua orang tu, aku pun lepak di lobi hotel tunggu member aku...tak lama lepas tu sampai laaa Chee Siong, member universiti aku dulu...dia ni dah bertahun menetap kat Vietnam ni untuk kerja...kebetulan dia ada di Ho Chi Minh masa aku datang ni, so sempat la kitorang berjumpa...sambil sembang sambil kitorang jalan-jalan je laaa sekitar night market nih...lama gila kot tak jumpa, dekat 10 tahun!hehuuuu....
dalam sejam kot berjalan tanpa arah sambil sembang, kitorang terserempak balik dengan dini dan liana...memula plan nak bersama-sama carik roti canai sedap...sekali kedai yang Chee Siong cakap tu dah tutup pulaa...tak jadi laaa nak makan bersama...dan tak lama lepas tu Chee Siong minta diri nak balik sebab dia duk luar bandar Ho Chi Minh nih...haaa lepas bye-bye dengan dia, aku pun join sekaki dini dan liana menghabiskan duit di night market!hehehe...memang syiok betul kat sini...rasa semuaaa nak beli!
sepanjang aku kat Vietnam ni, aku suka betul makan buah dia...manis-manis!sedap...sempat la kitorang beli buah-buahan dengan harga yang sangat murah...dalam RM10 saja untuk 3 jenis buah yang besar dan segar....nyum nyum...
lepas dah penat berjalan menyopping, perut pun lapar balik...kami decided untuk try di Restoran Kampung Melayu pula...aku ada dengar orang cakap jangan makan kedai ni sebab mahal mencekik...tapi sebabkan aku dah set target nak try seberapa banyak yang boleh kedai halal kat Ho Chi Minh ni, so masuk je la kan...kedai ni memang betul-betul depan hotel aku...
dan ternyata memang mahal punnnnn makan kat restoran nih...hehehe aku makan mihun goreng dengan air mineral je pun dahhh VND102,000 ko...tapi ok la mihun dia, sedap kat tekak aku nih...lagipun yang penting halal, ye dak?hehehe sempat juga la masa tunggu makanan ni aku pi tapau kopi ais kat brader motor luar tu...kali ni dapat diskaun, dia bagi aku VND18,000 jer!yeahhh sedap!masa kat restoran ni, liana order roti canai...ermmm sedap gak laa tapi jangan compare laaa ngan Malaysia punya kan...hehehe...lepas dah kenyang, kitorang pun balik ke hotel dan rehat...esok ada lagi tour yang akan kami pergi, so tidooo awal!